“Walau beras saya beli, saya kena cuci pinggan, sapu rumah, bahagi tugas”

2,159 views

Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikah rupanya lama dah tak ada pembantu rumah atau maid.

Sebelum ini memang ada, namun pembantu rumah berkenaan sudah tidak lagi berkhidmat dengan mereka.

Sejak dari itu, pasangan ini telah melakukan semua kerja rumah dengan sendiri dan telah membahagikan tugas masing-masing untuk menguruskan rumah sama rata.

Hal ini diceritakan sendiri oleh Hairul Azreen menerusi satu post di Insta story baru-baru ini.

Sebagai pelakon aksi, Hairul Azreen akan buat training termasuklah ketika berada di rumah, jelasnya selepas habis train dia tak dapat berehat, kerena dia akan membantu isterinya pula.

Selepas habis training, mesti korang ingat saya dapat rehatkan. Sebenarnya tak, sebabnya saya kena kemas rumah pula. Ini kerana kami dah tak ada lagi pembantu rumah atau maid. Sebelum ni, sekali je seumur hidup saya ada pembantu rumah, itu pun dia dah balik for good.

Kemudian, Hairul Azreen ada muatnaik gambar sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk dan cawan yang tak dicuci. Itu merupakan kerjanya.

Jika ada pembantu rumah, tak kan jadi macam ni. Walaupun beras saya yang beli tetapi cuci pinggan vakum karpet dan sapu satu rumah tu saya kena buat.

Hairul Azreen kemudian muatnaik satu lagi gambar menunjukkan dirinya sedang vakum rumah.

Kami dah bahagikan tugas masing-masing, Hanis Zalikha dia kena cuci baju, lipat kain semualah, saya mandikan Yusuf, Hanis pula mandikan Alisa.

Itulah kisahnya, memang bagus betul Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Suami isteri kena saling bantu membantu.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2015, selepas Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha secara live di sebuah rancangan tv.

Sepanjang 6 tahun bergelar suami isteri, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dikurniakan dia cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.