Youtuber popular dibawa ke mahkamah, ditahan reman

7,663 views

Pembuat video Youtube yang terkenal dan mempunyai ratusan ribu subscriber telah ditahan oleh pihak polis setelah pemuda berumur 22 tahun itu serah diri untuk bantu siasatan ekoran satu kes perbuatan tak senonoh yang dilakukan kepada seorang talent wanita yang berlakon di bawah arahannya.

Kejadian dikatakan berlaku pada bulan Ogos yang lalu di sebuah homestay di Kelantan.

Suspek berumur 22 tahun ada buat penggambaran satu drama YouTube bertajuk berkaitan taubat di homestay berkenaan.

Mangsa yang merupakan seorang gadis berumur 24 tahun, telah menerima tawaran untuk menjadi talent sebagai pelakon dalam drama berkenaan dengan bayaran sebanyak RM600.

Pihak polis mengesahkan hal berkenaan. Ini komen dari pihak berkuasa.

Selesai saja jalani penggambaran di homestay berkenaan, suspek ajak mangsa untuk bermalam di rumah berkenaan dengan memberi alasan masih ada lagi sesi penggambaran esokkan harinya”.

Semasa gadis itu seorang diri dalam bilik tidur, suspek masuk ke bilik berkenaan dan dikatakan telah memeluk, serta melakukan perbuatan tak senonoh kepada mangsa”.

Mangsa membuat report polis setelah terkesan dengan kes melibatkan seorang pendakwak selebriti yang turut sedang disiasat ketika ini dalam kes berasingan.

Setelah membaca kes pendakwah berkenaan, mangsa menguatkan diri untuk mendedahkan apa yang berlaku kepadanya.

Mangsa telah buat report polis pada hari Jumaat yang lepas dan kemudian suspek menyerah diri sebelum ditahan pihak polis.

Ujian air kencing suspek menunjukkan tiada sebarang barang terlarang diambil, suspek juga tiada sebarang rekod sebelum ini. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk proses reman”.

Dalam perkembangan terkini, suspek dilihat telah hadir ke mahkamah memakai baju berwarna ungu dan kini disahkan ditahan reman untuk dua hari untuk siasatan lanjut. Kes melibatkan youtuber ini kini dalam siasatan pihak berkuasa.