Kanser semakin merebak, berat Elyana kini 40kg

3,749 views

Antara lagu yang popular nyanyian Elyana ialah seperti Kalis Rindu, Tak Tercapai Akalmu, Kau Atau Aku, Pakai Kanta Cinta dan Diriku Tapak Sulaiman. Lagu-lagu ini memang evergreen dan masih sedap didengar pada masa kini.

Kini Elyana sedang berjuang dengan penyakitnya iaitu limfoma, kanser di bahagian lymph nodes atau kelenjar.

Pada usia 33 tahun, Elyana akui dirinya kini masih lagi sering ulang alik ke hospital. Malah dikatakan kansernya itu sudah semakin merebak ke bahagian lain. Pegawai perubatan mengatakan, tahap kansernya sudah menghampiri stage kelima.

 “Pada bulan lepas saya masuk hospital sebab masalah kesihatan. Kemudian ada doktor beritahu kanser saya sekarang dah hampiri tahap lima. Saya dapat rasa condition badan memang semakin lemah dan tenaga saya pun tak macam dulu”.

 “Sel kanser di tempat lama kini telah berkurang. Namun berita kurang baknya ialah, sel kanser kini telah mula merebak ke organ lain iaitu di bahagian rahim, hati dan juga pangkal paha. Pihak doctor kata ini agak merisaukan dan mahu buat rawatan kemoterapi secepat mungkin”.

Malahan sekiranya kanser di pangkal pahanya jadi lebih merebak, tulang paha Elyana boleh patah dan antara komplikasinya Elyana mungkin boleh alami masalah untuk bergerak atau lumpuh.

Elyana juga memberitahu dia kini sudah hilang selera makan, dan kini beratnya hanyalah 40 kilogram sahaja.

“Sejak bulan Mei, saya dah mula hilang rasa dan selera untuk makan. Ketika masuk hospital bulan lepas, doktor bagitahu berat saya sangat ringan dan kemudian saya kena tambah darah”

Kini Elyana lebih banyak berada bersama keluarganya dan mereka yang rapat sahaja.

“Saya cuba buat diri saya ni nampak macam seorang yang sihat walaupun saya dah tak campur dengan orang ramai sekarang. Saya lebih banyak luangkan masa dengan family dan rakan serta peminat rapat. Hanya mereka saja yang tahu keadaan sebenar saya”

Elyana telah berkahwin dengan Khairul Anuar dan mempunyai seroang anak kandung bernama Cinta Sumayyah dan seorang anak angkat.