Zara Zya dituduh salah guna dana.. “Saya rasa down sangat”

1,886 views

Zara Zya kini amat kecewa setelah dia dituduh cuba ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Ini apabila ada yang mengatakan dia dah songlap duit bantuan.

Pelakon ini dituduh dah salahguna dana yang diterima dari kutipan menerusi pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkannya untuk membantu orang susah.

Ternyata Zara Zya agak terkilan tuduhan berkenaan dilemparkan kepadanya.

Zara Zya telah meluahkan rasa hatinya melalui satu video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya semalam.

Menerusi video itu, Zara berkata memang impian dia nak bantu orang ramai yang dalam kesempitan hidup, namun apabila ada pihak yang mula pertikaikan, dia merasa amat down sekali.

“Bila orang tuduh saya, memang rasa down sangat. Saya dah buat macam-macam tapi orang tak support saya, kenapa. Orang tak nampak kesusahan saya, sampai hati.

Ini pula komennya menerusi laporan mStar.

Sejak dari perintah kawalan pergerakan yang pertama lagi saya dan NGO dah pun jalankan aktiviti bantuan. Projek pertama, saya sediakan PPE.

Namun saya kesal dan kecewa apabila niat ikhlas saya untuk tolong orang tetapi telah dipandang serong orang lain.

Demi Allah saya tak ada ambil duit tu untuk kegunaan peribadi, saya masih lagi waras dan tahu bab halal dan haram. Hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tak ke tangan pihak yang menerimanya.

Pelakon berumur 36 tahun ini memberitahu dia muatnaik video untuk memberitahu dia telahpun ber bantuan secara telus kepada yang memerlukan.

Saya dah cuba untuk buat yang terbaik dalam memberi bantuan, saya habiskan banyak masa dan tenaga, kudrat diri saya ini untuk turun padang sendiri memberi bantuan.

Tak apa, biarlah diri saya ni yang sakit, tetapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih, saya tak nak tenghok anak orang lain lapar, tak makan.

Jelas Zara, NGO Malaysia Prihatin adalah pertubuhan untuk mencari dana dan semua sumbangan akan diagihkan dengan betul.

Malaysia Prihatin yang saya tubuhkan tak perlu nak ragu. Pertubuhan ini sah dan maklumat tentang kempen dan resit juga disediakan selepas sesiap yang beri sumbangan dibuat, boleh tengok laman web Malaysia Prihatin.