Pelakon Zarina Anjoulie kini berdepan tindakan saman menyaman dengan influencer bernama Fara Mendoza.
Untuk kes mereka berdua ini, perbicaraan akan bermula pada hari ini, 20 September 2022.
Tentang kes ini, Fara Mendoza atau nama penuhnya Norfaralinah telah saman Zarina Anjoulie berhubung dakwaan penyebaran gambar dan video yang di muatnaik di laman media sosial.
Pada tahun 2020, Zarina telah pun berjaya membatalkan penghakiman yang dimasukkan oleh Fara Mendoza di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.
Ini disebabkan Zarina berkata dia tak dapat dan tak terima sebarang salinan saman secara peribadi dan menyangkakan yang peguam sebelum ini, yang dilantik akan membela nasibnya.
Dari laporan, peguam Zarina yang terdahulu, telah pun jatuh sakit dan terkena strok malahan firma guaman telah pun ditutup.
Kemudian Zarina Anjoulie kini telah melantik peguam yang amat terkena untuk mewakilinya iaitu Nurul Hafidzah.
Kata Nurul Hafidzah, perbicaraan kes Zarina Anjoulie dan Fara Mendoza berlangsung setelah kedua belah pihak tak dapat selesaikan hal berkenaan di luar mahkamah.
“Perbicaraan kes ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 September, hari Selasa dan hari Rabu. Fara Mendoza akan menjadi saksi pertama.”
“Anak guam saya iaitu Zarina ada cuba nak selesaikan kes undang ini secara mediasi namun mereka berdua tak ada kata sepakat.”
Zarina kini telah membuat tuntutan balas ke atas saman sivil Fara Mendoza dan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.
Ini termasuk ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi menghalang Fara Mendoza dari mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah di masa hadapan.
Zarina Anjoulie juga menuntut supaya Fara Mendoza tarik semula kenyataan fitnah yang pernah dibuat dan meminta maaf.