“Jangan jerit tepi telinga baby” Ramai tak senang tindakan DS Vida

1,901 views

Dato Seri Vida selalu saja jadi bualan, segala tindakannya sering dilihat orang ramai apatah lagi beliau seringkali menunjukkannya di laman media. 

Baru-baru ini, ada satu lagi video membuatkan ramai rasa kurang senang melihat telatah Dato Seri Vida, kali ini melibatkan seorang baby kecil. 

Ramai kurang senang tengok video usahawan berjaya ini bersama seorang baby. 

Dato Seri Vida telah muat naik satu video yang mana dia ada berjumpa dengan family dengan baby dan telah bertegur sapa. 

Kemudian Vida terus saja mendukung baby berkenaan. Memang Vida amat sukakan dengan kanak-kanak. 

“Saya ni begitu suka sangat nak bermain dengan baby. Jika ada terjumpa orang yang bawa baby di luar atau shopping mall, saya akan bertegur dan main dengan baby mereka tu.” 

 “Kadang-kadang kita ada geram nampak baby ni macam nak gigit saja. Tapi kesian kat baby ni dia dah seriau dengan saya jerit.” 

Namun begitu, kerana terlalu teruja dan excited, Vida sampai telah terjerit kegirangan yang amat nyaring juga. 

Teriakan dari Vida ini membuatkan baby berkenaan menangis mungkin kerana terkejut mendengar jeritan yang kuat tersebut. 

Vida kemudian cuba memujuk kembali baby berkenaan. 

Tindakan Vida itu mendapat reaksi dari para netizen yang mempersoalkannya. 

Ramai yang tak setuju Vida teriak kuat sangat, apatah lagi di tepi telinga baby kecil.  

“Awak jerit kat baby tu, macam budak itu umur berapa, bukannya perlahan, tapi kuat jerit tu. Budak kecil, atau budak tadika pun boleh nangis jika kena jerit macam itu.”  

“Janganlah nak jerit tepi telinga baby tu Datuk. Pekak dia nanti. Gegendang telinga kecil lagi.” 

“Baby kan cepat terperanjat, kesiannya baby tu.” 

Apapun mungkin Dato Seri Vida tak sengaja, maklumlah suka sangat dengan budak-budak kan, cuma lepas ni kena lebih peka.