Ahli perniagaan berpengaruh, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, 43 tahun, disahkan telah memfailkan saman ke atas penyanyi popular tanah air, Caprice, 36 tahun.
Tindakan mahkamah diambil ke tas Caprice setelah didakwa membuat satu hantaran berbaur fitnah ke atas SM Faisal di atas kes melibatkan bekas isteri SM Faisal iaitu Emilia Hanafi.
Kes di failkan pada bulan Ogos yang lalu setelah video ulasan Caprice yang dibuat tentang kes Emilia yang dikehendaki jalani hukuman dan dipenjara selama tujuh hari sekitar bulan Jun 2022.
Emilia dijatuhkan hukuman penjara itu kerana menukar tarikh berjumpa dengan anak tanpa mengikuti perintah mahkamah.
Kata SM Faisal, kes itu kemudian telah dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dan ianya lantas memburukkan imej SM Faisal.
Caprice kemudian muatnaik ulasan melalui satu video di Instagram miliknya dan melabel individu yang hanya melihat ibu kepada anak masuk penjara itu sebagai orang yang tiada hati perut.
“Hantaran memfitnah berkenaan menerima satu publisiti yang amat meluas sebab defendan (Caprice) ada lebih kurang sebanyak 1.5 juta pengikut di laman media Instagramnya dan video itu menerima tanda suka sebanyak 14 ribu.”
Jelas SM Faisal, hantaran memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki yang tiada hati perut, semberono dan tak bertimbang rasa mahu memenjarakan bekas isterinya.
Ini sekaligus menyebabkan ahli perniagaan ini tertekan dari segi emosi, selain dicemuh orang ramai.
Sebelum saman dikemukakan, SM Faisal dah pun hantar surat tuntutan untuk tarik balik video sekitar bulan Julai, namun Caprice tidak melakukannya.
Oleh yang demikian, SM Faisal mengambil tindakan membawa kes ini ke mahkamah dan meminta ganti rugi dari pihak Caprice.
Jelas peguam, kes melibatkan SM Faisal dan Caprice ini akan diuruskan pada bulan Oktober depan.
Dalam pada itu, di Ig milik Caprice, penyanyi ini ada muatnaik semula videonya itu dan berkata dia tak gentar dan akan terus berjuang.
“Oleh kerana ramai tanya ni kes pasal ape, kita repost. Caprice akan selalu saja menolong individu yang memohon bantuan dekat luar sana. Kami tak akan berhenti.”
Kita tunggu perkembangan kes antara SM Faisal dan Caprice ini kelak.