Pelakon terkenal Zul Ariffin, 35 tahun, dan Nasha Aziz, 51 tahun, telah bergandingan dalam satu filem baru yang diberi judul Talbis Iblis.
Dari satu laporan Utusan, ada satu insiden yang terjadi semasa penggambaran filem berkenaan yang melibatkan kedua pelakon utama filem itu.
Insiden berkenaan menyebabkan kaki pelakon Nasha Aziz telah bengkak dan dalam keadaan kesakitan.
Jelas Nasha Aziz, ada satu insiden yang mana Zul Ariffin telah tak sengaja terjatuhkan gari besi dan terkena kaki Nasha.
Ini cerita dari Nasha sendiri tentang kejadian berkenaan.
“Mahu dijadikan cerita, ketika penggambaran dengan Zul, dia nampak macam tengah tak senang hati kerana masa tu penggambaran mula lambat.”
“Semasa dia cakap-cakap dengan crew di set, dia terjatuhkan gari besi yang sedang dipegang dan terus terkena kaki saya. Memang sakit yang teramat.”
“Namun, oleh kerana saya nak tunjuk diri ni seorang yang profesional, saya diamkan saja. Dalam hati memang rasa nak menangis, tu gari besi kot.”
Selepas itu, Zul Ariffin sedar kecuaiannya dan telah berkali-kali meminta maaf sebelum meneruskan adegan dengannya.
“Banyak kali juga dia minta maaf dengan saya sebab memang tak sengaja. Masa tu saya diam saja kerana sedang menahan sakit dan tetap kena teruskan juga babak berkenaan.”
“Saya pula masa pakai persalinan watak hantu, memang kenalah tahan air mata sungguhpun kaki dah bengkak. Kata nak jadi hantu kan.”
Nasha sebenarnya tak kisah pun hal itu, dan faham ianya tak sengaja malah ketawa saja mengenang kembali moment berkenaan.
Tentang lakonannya dalam filem berkenaan, dia berkata banyak stunt yang dibuat sendiri.
“Mostly babak dalam filem ini, saya buat sendiri. Dah tentulah memang sukar, tapi saya sukakannya.”
Filem Talbis Iblis ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Amir Nafis dan ramai lagi.