Foto Jaafar Onn bernikah dengan janda tersebar?

2,359 views

Kecoh juga apabila Jaafar Onn, 71 tahun telah muat naik foto menunjukkan dia seakan bernikah baru-baru ini. 

Ramai yang nak tahu hal sebenarnya, benarkan Jaafar Onn kini dah pun berkahwin. 

Menerusi laporan Harian Metro, Jaafar Onn akui, dia menerima begitu banyak mesej dari orang ramai, nak tahu statusnya setelah gambar itu di muatnaik. 

Apapun, Jaafar Onn mengesahkan, ramai yang dah silap anggap dan salah faham saja. Ini penjelasan dari Jaafar Onn. 

“Sebenarnya itu merupakan antara adegan lakonan saya untuk satu iklan makanan. Saya merupakan duta kepada jenama berkenaan.”  

“Ada kisah, kononnya saya berkahwin dengan janda yang mempunyai dua orang anak. Pening saya nak menjawabnya.”  

“Lepas tu, saya jelaskanlah kepada mereka, adakah saya tak boleh berkahwin lagi pada usia 71 tahun sekarang ni.”  

Tambah Jaafar Onn, di usianya dah lebih 70 tahun, masih ada yang mahu berkahwin dengannya. 

“Ada janda yang anak satu, ada janda dengan anak dua, lepas tu, anak dara tua yang sudi nak berkahwin dengan saya ni.” 

“Tapi saya fikir mereka ini masih muda, dah fikir masak-masak ke sebelum kahwin dengan Jaafar Onn. Bukannya saya tak mahu kahwin namun saya tak mahu nanti ada anak-anak tiri tak boleh terima. Saya memikirkan banyak benda sebelum nak kahwin lagi.” 

Memang pelbagai faktor yang perlu diambil kira oleh pelakon dan pengacara ini. 

“Jika wanita yang dah ada anak, adakah dia hanya nak harapkan saya bantu anaknya, ke sekolah sebagainya, dan mungkin wanita itu susah dan hanya bergantung harapan pada saya.” 

“Kini saya masih lagi kuat memanglah ramai suka tapi kalau dah jatuh sakit.” 

“Saya fikir lepas ada insiden bergaduh dengan isteri sebab cemburu. Saya dah tak larat dengan sikapnya sampaikan nak berkawan orang pun tak boleh. Lepas tu family, ada sibuk masuk campur pula. Saya tak nak pisang berbuah dua kali.” 

Itulah penjelasan dari Jaafar Onn.