Zul Ariffin padam video, upload pula video diri tepuk tangan.. Ini komen Erma Fatima

18,073 views

Memang terlalu banyak reaksi kurang baik yang diberikan kepada actor Zul Ariffin setelah pelakon ini muatnaik video sedutan drama lakonannya berjudul Perempuan Itu.

Bababk antara Zul Ariffin dan pelakon baru bernama Siti Haniesa membuatkan ramai warga maya di luar sana rasa kurang selesa dan menyatakan ianya tak sesuai untuk ditayangkan di negara ini.

Akhirnya setelah hampir satu hari isu ini jadi besar, Zul Ariffin mengambil keputusan untuk memadam video viral berkenaan.

Pada pagi Sabtu, kira-kira jam 10 lebih pagi, video berkenaan tidak lagi boleh ditonton di Instagram milik pelakon ini. Sebelum itu, tayangan video berkenaan sudah ditonton lebih sejuta views.

Tak cukup dengan itu, Zul Ariffin kemudian muatnaik satu video baru, yang mana ianya menunjukkan dirinya sedang berdiri dan bertepuk tangan. Kemudian Zul juga membuat thumbs up. Caption yang ditulis ialah “Kembali bekerja.”

Namun begitu, jika diamati di ruangan komen, memang begitu banyak komen-komen follower yang masih meluahkan rasa kurang senang kepada Zul Ariffin.

“Akhirnya delete, takut ke tu. Baru kena sikit.”

“Eh dah tak ada video tadi? Dah delete lah tu. Syukur dah ada kesedaran.”

“Harapnya cerita tu tak payahlah nak tayang terus. Kena ada rasa malu kalau diminat berlakon macam tu.”

Selain itu ada yang turut mengatakan tindakan Zul Ariffin muatnaik video itu sebagai poyo dan juga ada yang dah hilang respect kepada pelakon ini.

“Dah hilang dah rasa hormat kepada Zul Ariffin, poyo.”

Ini antara komen yang diberi di video Zul Ariffin bertepuk tangan ini.

Sementara itu, penerbit drama berkenaan turut berusra. Ini sedikit komen dari Erma Fatima melalui laman media sosial miliknya. “Hal yang sebenar akan diketahui kelak.

Untuk info, drama Perempuan Itu menyaksikan Zul Ariffin dan Mimi Lana sebagai teruaju utama dan turut disertai oleh Ahmad Iqbal dan pelakon lain seperti Siti Haniesa, Eman Manan dan Amar Asyraf dan diterbitkan oleh Erma Fatima.