“Saya yang arahkan babak itu, ianya untuk publisiti, terkejut Zul upload” ~Pengarah

12,642 views

Memamg hebat betul penangan drama Perempuan Itu, walaupun masih belum ditayangkan ianya jadi isu yang telah diperkatakan orang ramai.

Ini semua gara-gara video yang dimuatnaik oleh pelakon utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin yang mana menampilkan aksi dengan pelakon baru bernama Siti Hariesa.

Babak itu sebenarnya jadi bualan orang ramai kerana mereka tak berapa setuju ianya ditayangkan di kaca television.

Setelah semua yang terlibat dengan babak itu mengambil pendekatan berdiam diri, akhirnya pengarah drama berkenaan iaitu Ain Sharif menjelaskan isu tersebut.

Katanya, video sedutan yang dimuatnaik oleh Zul Ariffin adalah adegan yang kemungkinan tak akan ditayangkan di kaca television. Ini kenyataan Ain Sharif dari portal Mstar.

“Benar, memang saya yang direct babak berkenaan, adegan yang dimuatnaik oleh Zul Ariffin itu merupakan babak director cut.”

“Ianya mungkin tak akan ditayangkan di televisyen pun. Apa dalam video itu, hanya versi kedua saja, dan digunakan sekadar untuk tujuan marketing saja.”

“Memang saya tak tahu menahu bahawa Zul akan upload babak itu kat Instagram miliknya. Saya pun terkejut.”

“Namun benda pun dah jadi kan. Orang pun dah bercakap tentangnya. Saya sebagai director kenalah berdepan dengan tanggungjawab ini.”

“Babak sedemikian tak banyak pun, sebenarnya watak lakonan Siti Hariesa tu merupakan isteri kedua kepada watak yang dilakonkan oleh Zul Ariffin.”

Tentang persetujuan dari kedua-dua pelakon, Ain berkata dia dah pun berbincang dengan para pelakon sebelum memulakan penggambaran.

“Sebelum penggambaran kita memang dah bincang dengan pelakon dan mereka pun okay untuk lakonkan babak macam tu. Kita buat rakaman second version sapaya drama tu jadi lebih menarik. Apapun terpulanglah untuk pihak TV stesen nak pakai atau pun tak nak pakai.”

“Saya hanya buat kerja sebagai director saja, nak sampaikan mesej kepada para penonton, hal macam ni memang terjadi di sekeliling kita.”

“Apapun memang sedar ada babak yang tak boleh ditayangkan kepada penonton namun mereka kena tengok dulu dan fahamkan jalan cerita. Sebenarnya banyak mesej yang positif dalam drama ini.”

Selain itu, Ain Sharif menegaskan, pihak penerbit iaitu Erma Fatima tak ada kena mengena dengan hal ini.

“Hal ini tak ada kaitan dengan Kak Erma Fatima. Dia penulis skrip tetapi saya yang arah watak itu mengikut penulisannya. Sebenarnya Kak Erma banyak kali dah pesan jangan buat aksi yang tak boleh masuk televisyen.”

“Tak perlu dan tak patut nak mengata kepada Erma Fatima sebab itu arahan saya.”

Itulah komen dari pengarah ini seperti yang dilaporkan oleh Mstar. Selain Ain Sharif, drama ini turut diarahkan oleh pengarah Isma Yusof. Drama bertajuk Perempuan Itu merupakan lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana, Siti Hariesa, Ahmad Iqbal dan Eman Manan dan akan ditayangkan bulan puasa ini.