Achey dah jadi jutawan? Ini jawapannya

618 views

Nama Achey kini boleh dikatakan agak besar dalam industry seni tanah air. Sejak menyertai pertandingan melawak, kini Achey yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Bocey yang amat aktif.

Banyak tawaran yang Achey terima seperti berlakon, menyanyi, dan menjadi duta selain minatnya dalam bidang perniagaan.

Dek kerana itu ada yang bertanya, adakah kini Achey sudah mencapai status jutawan.

Menjawab persoalan berkenaan, Achey berkata dia mungkin dah boleh bergelar sebagai seorang jutawan kalau dikira jumlah pendapatannya sejak bergelar anak seni bermula pada tahun 2013.

Walaupun dilihat aktif, Achey akui pendapatannya agak susut sejak akhir-akhir ini, apatah lagi dengan adanya PKP pada tahun lalu dan juga tahun ini.

Achey juga berkata dia menggunakan pendapatannya itu untuk membantu keluarga ketika PKP ini.

“Mungkin saya dah taraf jutawan kalau kira campur hasil pendapatan sejak tujuh yang lepas. Tetapi, sayangnya, sebenarnya pendapatan saya dah susut sebab adanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika bulan Mac tahun 2020.”

“Selain itu, pendapatan saya juga susut sebab saya ada family yang besar. Oleh yang demikian, saya banyak tolong family saya yang terkesan. Saya banyak hulur bantuan terutamanya kepada ibu bapa dan mertua.”

“Saya sentiasa akan utamakan orang tua saya dulu. Kalau adik-beradik nak pertolongan, saya akan bantu juga. Tapi taklah beri apa saja cuma apa yang mereka kurang, saya cuba beri bantuan.”

“Syukur Allah dah beri rezeki lebih pada saya, oleh itu saya akan bantu family yang susah. Sebelum bantu orang, kena jaga family dulu.”

Achey menambah, dia kini dalam perancangan nak masuk ke dalam bidang perniagaan. Antara plan Achey ialah nak buka kedai runcit bersama isterinya.

“Banyak plan saya, dan saya kena banyak belajar sebelum boleh nak usahakan sesuatu perniagaan. Sebelum ini, ingat nak buka kedai aksesori motorsikal, namun nampak macam susah sebab ada PKP. Oleh itu saya ada bincang dengan isteri nak jalankan dan buka kedai runcit. Saya ada lihat beberapa kawasan yang sesuai. Doakan urusan saya akan dipermudahkan.”

Achey kini merupakan duta untuk produk makanan jenama Palut’s Superhero.

Share this on...