Alvin Chong keluar dengan budak nak amik SPM?

8,152 views

Alvin Chong merupakan pelakon yang pernah popular menerusi beberapa buah drama bersiri seperti Suri Hati Mr Pilot, Awak Suka Saya Tak, dan banyak lagi. Malah Alvin juga merupakan shabat baik kepada Emma maembong dan Fattah Amin.

Dalam perkembangan terkini, ada satu kisah tentang Alvin Chong yang jadi bualan di laman media sosial sejak hujung minggu lalu.

Ini setelah ada video menunjukkan dia seakan keluar dengan seorang gadis bernama Athalia Deena Buswani.

Gadis ini rupanya masih lagi seorang pelajar sekolah menengah dan berumur 17 tahun, ini sekaligus membuatkan warga maya rasa kurang sesuai dan tak patut.

Ditambah lagi, rupanya Athalia ini agak popular di socmed dan merupakan anak kepada penyanyi lagu Langit Ketujuh iaitu Sharifah Zarina.

Kerana keakraban antara Alvin Chong dan Athalia, ada menyatakan persoalan adakah mereka jalin hubungan percintaan. Sekiranya benar, memang ramai yang tak setuju.

Ini komen seorang netizen: “Alvin ni hendak masuk umur 30 tahun dah manakala Athalia baru nak SPM untuk tahun ini, jail lah.

Tambah seorang warga maya lain: “Alvin Chong kini 29 tahun dan Athalia baru 17 tahun, sesiapa rasa relationshio ini okay kah”.

Ada juga netizen menganggap ramai yang mempersoalkan isu ini kerana ada rasa cemburu kepada Alvin Chong.

Setelah kisah antara mereka jadi tular, Athalia tampil beri penjelasan. Kata gadis ini hubungannya dan Alvin hanya kawan saja dan meeka tiada hubungan istimewa pun.

Kemudian, ibu kepada Athalia juga ada beri respon tentang hal ini. Sharifah Zarina sempat memberi respon setelah menonton video antara anaknya dengan Alvin Chong.

Dengan sportingnya Sharifah Zarina ada buat video balas. Ianya dibuat secara seloroh dan berlawak sahaja, macam parody lah.

“Anakku tu Nampak bukan main lagi, katanya nak keluar pergi study. Nasib baik kau keluar dengan artis kacak ya. Cute orangnya”.

Itulah respon balas dari Sharifah Zarina tentang hubungan anaknya dengan Alvin Chong.

Share this on...