Anak tak jadi bersanding, mak ayah naik pelamin ganti pengantin

3,335 views

Sudah pasti semua pasangan pengantin yang mendirikan rumah tangga mahu merancang majlis perkahwinan seperti mana yang mereka mahukan tetapi langit tak semestinya cerah.

Itulah satu kejadian yang terjadi kepada pasangan pengantin baru ini apabila berlaku perkara yang tidak sama sekali dijangka oleh mereka berdua.

Menurut pengantin baru yang dikenali sebagai Fatheen ini, ibunya telah sediakan segala persiapan yang cantik dan vogue sempena majlis perkahwinannya namun Fatheen berseloroh dengan berkata dia hanya mahu nikah dan menyuruh ibunya saja bersanding atas pelamin.

Disebabkan percakapannya itu, ternyata apa yang diucapkan benar-benar terjadi menurutnya percakapan itu adalah satu doa menjadi tular.

Menurut Fatheen Afiqah Jeffry iaitu pegantin perempuan menyatakan bahawa dia dan suaminya Amirudin Abdul Kassim telah bernikah pada 31 Ogos lepas.

Jelasnya lagi, majlis raptai persandingan bersama suaminya akan berlangsung di Dewan Seri Siantan di Putrajaya pada sebelah petang.
Menurut Fatheen, suaminya mula mengalami sakit perut teruk dan mereka telah ke klinik namun sakit perut bertambah teruk. Mereka bergegas pula ke hospital.

Setelah diperiksa oleh doktor, Amirudin telah disahkan mengalami apendiks dan harus menjalani pembdedahan dengan kadar segera. Fatheen ada meminta agar pembedahan itu di tunda namun suaminya meraung kesakitan dan pembedahan harus dilakukan pada ketika itu juga.

Dia juga turut menghubungi mak dan ayahnya untuk memaklumkan insiden yang tidak diingini itu dan ibu dan bapa Fatheen meneruskan majlis perkahwinan anak perempuan mereka dengan ditukar menjadi kenduri makan-makan.

Menurut ibu bapa Fatheen, kesihatan menantu lelaki mereka harus diutamakan dalam situasi ini. Mereka juga turut memberitahu para tetamu yang hadir bahawa pengantin sedang menjalani pembedahan dan tidak dapat turut serta.

Apa yang menarik dan terharu buat Fatheen adalah ibu dan bapanya telah bersanding di atas pelamin sempena majlis perkahwinanya itu. Semestinya di sebabkan mulut masinya yang mahu ibunya bersanding di atas pelamin.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapanya kerana tidak membiarkan tetamu berasa sedih dan muram kerana tiada kehadiran pengantin di atas pelamin.

Share this on...