Punca Ummi Nazeera menolak untuk berlakon bersama Aliff Aziz

1,525 views

Ummi Nazeera merupakan antara pelakon yang pernah berganding dengan Aliff Aziz. 

Mereka berdua memegang watak utama dalam drama berjudul Dia Dari Syurga. 

Namun selepas drama ini, Ummi berkata dia tidak mahu lagi berganding dengan Aliff Aziz. 

Ummi, 34 tahun, telah menolak beberapa tawaran berlakon yang menggandingkan dirinya dengan Aliff Aziz. 

PUNCA TOLAK BERGANDING DENGAN ALIFF AZIZ 

Kata Ummi Nazeera, dia menolak untuk berlakon bersama dengan suami Bella Astillah itu ada sebabnya. 

Bukan kerana Aliff ada buat salah pada dirinya, namun punca dia menolak ialah kerana tak mahu mengguris hati mana-mana pihak. 

Ummi mahu menjaga hati orang sekelilingnya.  

“Kalau ada pelakon lain yang tak kisah rakan pelakon, tapi saya memang seorang yang amat memilih.” 

“Memang selama ini saya yang akan pilih pelakon utama hero saya.” 

“Dengan Aliff saya dapat tawaran banyak. Memang dah ada beberapa tawaran untuk berlakon dengan Aliff, ada dua atau tiga, tapi saya menolak untuk berkerja sama dengan dia. Tawaran itu selepas kami berganding dalam drama Dia Dari Syurga.”  

“Saya tidak mahu bekerjasama dengan dia bukan kerana dia ada buat salah dengan saya tapi sebab saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa.” 

“Bukan saja dengan Aliff, saya memang pilih cast, sebab saya mahu kami saling throw.” 

“Sebab tu saya suka kerja dengan nadya Nisaa, Aliff Satar pun bagus, saya memang betul-betul jaga rakan cast saya.” 

HUBUNGAN KETIKA BERLAKON BERSAMA ALIFF 

Semasa berlakon bersama, Ummi menyatakan, Aliff mengajag pergaulan dan tak pernah contact, tapi memang berkawan.   

“Saya tak pernah contact Aliff walaupun kami kawan. Dia tak pernah lebihi had, jaga limit.” 

“Dia selalu minta bantuan saya tentang lakonan kerana tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lepas.” 

Ummi berkata lagi, Aliff Aziz seorang yang berdisplin di set penggambaran dan mendoakan agar semua urusannya dipermudahkan.  

Untuk info, Ummi Nazeera berlakon bersama Aliff Aziz menerusi drama Dia Dari Syurga yang ditayangkan di RTM pada bulan Mac 2024.