Kereta mewah terbaru milik Cik B, berharga jutaan Ringgit

4,102 views

Siapa yang tak kenal dengan anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen. 

Pada bulan ini, Cik B telah menyambut birthday yang ke 19. 

Sempena birthday nya ini, Cik B telah pun membeli sebuah kereta mewah berharga jutaan Ringgit. 

Kereta yang dibeli oleh Cik B ialah jenama Brabus yang berharga lebih dari satu juta ke atas. 

Cik B, yang juga pemilik makanan ringan salted egg salmon skin, telah muatnaik gambar kenderaan terbarunya itu yang memaparkan no plat kenderaan yang amat unik dan sinonim dengan namanya iaitu CB 111. 

Katanya semua kejayaan yang dicapai ini tak akan berlaku tanpa sokongan dari ibu tersayang. 

“Pada bulan Mei ini ianya merupakan bulan kelahiran saya iaitu 19 Mei, oleh itu saya dah berjaya membeli kereta Brabus Original.”  

“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada mama kerana kalau tak ada dia, saya tak akan dapat beli kereta G Wagon Brabus G63 original ini.” 

“Terima kasih sangat kepada mama, sayang mama dan happy birthday to me.” 

Ini foto kereta Brabus milik Cik B yang berwarna hitam, premium dan gah sekali. 

Melihat kejayaan anaknya, Dato Seri Vida telah menulis komen dengan mengatakan rasa bangga dengan kejayaan anaknya itu. 

“Mama terkejut ingatkan datang nak dapatkan apa benda tapi rupa-rupanya dia beli kereta sendiri.” 

Vida juga berkata, nombor plat kereta Cik B ada makna tersendiri baginya.  

“Cik B pun beli nombor plat CB. Cik B ni seorang anak hebat nombor satu, Cik B hebat berniaga, business nombor satu, kekayaan Cik B pun nombor satu.” 

Tahniah buat Cik B di atas kejayaan membeli kereta idaman iaitu Brabus, memang kereta yang amat rare dan mewah, selamat hari jadi diucapkan.