Eyra Hazali selamat lahirkan baby boy, tahniah

3,468 views

Pelakon popular Eyra Hazali kini telahpun bergelar ibu setelah selamat melahirkan anak sulungnya pada hari Jumaat bersamaan 14 Ogos tahun 2020.

Khabar gembira ini telah di share oleh suami kepada Eyra Hazali iaitu pemain bola sepak negara dan kelab Johor Darul Takzim, Muhammad Haziq Nadzli, melalui sekeping gambar di Insta story miliknya.

 Di gambar yang di upload di Instagram, Haziq Nadzli muatnaik gambar Eyra di atas katil dengan caption ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa doakan segala urusan proses bersalin Eyra Hazali berjalan dengan baik.

Ini tulis Haziq: “Syukur sangat, alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa mendoakan. Terima kasih juga kepada isteri, thanks sayang.

Pasangan ini masih belum memberi sebarang detail tentang anak mereka ini, namun memberi satu hint bahawa nama bermula dengan beberapa huruf. Haziq menulis: “Papa dan mama sayang kamu, MHQ”

Dalam posting terdahulu, Eyra Hazali ada muatnaik gambar menyatakan bahawa bayi yang dikandung adalah baby boy.

Eyra Hazali muatnaik sekeping foto menunjukkan baju tertulis tulisan: “It’s a boy”.

Ini pula captionnya: “Im truly grateful for you my little baby. It’s a boy. Syukur sangat Alhamdulillah. Mama dan papa tak sabar nak jumpa kamu, Papa memang terlebih teruja sebab ada geng lepas ni. Apapun, saya masih baby girl awak ye Haziq”.

Diimbas kembali, Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali dan Haziq Nadzli disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tarikh 1 November tahun 2019 di satu majlis yang dibuat secara sederhana saja di Masjid Assyakirin, KLCC Kuala Lumpur.

Eyra Hazali mula popular menerusi lakonannya dalam drama Mr Grey berganding dengan Fendy Bakri. Malahan Eyra juga ada membawa pulang trofi sebagai pelakon baru tebraik di Anugerah Era.

Ramai yang tak sabar nak tatap wajah anak pasangan ini, dan didoakan agar semua urusan mereka dipermudahkan.

Share this on...