“Kau lah cinta hati ku, Neelofa”

4,648 views

Pada tarikh 1 November 2020, Neelofa telah disunting oleh Muhammad Haris ataupun Pu Riz. Kisah hubungan antara kedua selebriti ini terjawab setelah mereka selesai satu majlis merisik baru-baru ini.

Ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah mengesahkan hal ini setelah muatnaik satu entry mengatakan umpama Pu Riz itu adalah bakal imam kepada anaknya Neelofa.

Boleh baca semula caption yang ditulis oleh Noor Kartini di sini (Klik sini).

Semalam, sekali lagi Kartini mencuri perhatian ramai setelah mendedahkan apa yang berlaku ketika mengandungkan Neelofa selama 9 bulan.

Jelas ibu Neelofa, semasa dalam kandungan dia sudah dapat merasakan, aura luar biasa. Ini perkongsian cerita dari Noor Kartini.

Wahai anakku Neelofa, semasa aku mengandungkan dirimu, aku sudahpun dapat merasakan yang sesuatu amat luarbiasa sekali. Perjalanan selama sembilan bulan itu ternyata pengalaman yang amat indah buatku. Kelahiranmu amat membahagiakan diriku, dapat peluk dirimu ianya telah beri satu kepuasan kepadaku”.

Ketika melihat telatah kamu, ianya akan membuat aku sentiasa merindui dirimu. Wahai anakku, kamu akan sentiasa jadi anak kecil di mataku ini, yang tak akan aku jemu untuk belai dan menciummu. Dikaulah cinta hatiku, Neelofa”.

Penulisan dari Datin Noor Kartini ini, menerima respon yang amat positif dari para followernya.

Antara yang memberi respon ialah pelakon Catriona Brian Ross, ini tulis pelakon ini: “Ya tuhanku, teramat sweet. Lovely message from a mother to her daughter. Semoga aunty akan terus berbahagia”.

Diruangan komen juga terlalu banyak emoji dan tanda love di berikan. Semuanya mengatakan ini satu doa dan ucapan yang amat sweet. Ada juga follower dah tak sabar nak lihat Lofa naik pelamin selain mendoakan agar urusan dipermudahkan.