Kisah yang berlaku, PU Riz yang disahkan positif

2,474 views

Pelakon yang juga peserta Pencetus Ummah, Pu Riz telah menerima dugaan apabila disahkan positif terkena Covid-19. Pu Riz telah hadir ke hospital untuk buat test setelah dia mula alami gejala demam panas sejak tiga hari yang lepas.

Riz memberitahu, selepas sehari buat test, pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah hubunginya dan dirinya disahkan terkena virus berkenaan.

Ini kenyataan dari Pu Riz: “Saya ada demam mula tiga hari lalu. Oleh itu saya ambil keputusan untuk pergi buat test di hospital, PPUM. Tadi mereka hubungi saya, hasil test, saya disahkan positif. Setelah tahu result, saya redha dengan hal ini. Bagi saya, ini adalah satu ujian dari Allah. Walaupun kita jaga kesihatan sekali pun, akan tetapi kalau kehendaknya, nak datangkan sakit, memang kita sebagai hambanya tidak boleh nak elak. Apa pun, saya kini berharap doa agar semua orang cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini”

Tambah Pu Riz, pihak PPUM telah mengahntar ambulans yang datang ke rumahnya dan kini berada di sana untuk rawatan lanjut dan dikuarantin.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Pu Riz memberitahu dia hanya duduk di rumah, namun sebelum ini, Riz pernah sembahyang di Masjid Jamek Seri Petaling, sebelum masjid itu akhirnya ditutup kerana kluster yang terjadi dari sana.

“Sepanjang tempoh PKP, saya duduk di ruamh saja, dan kalau keluar rumah pun, hanya pergi beli barang keperluan yg penting sahaja”

“Rumah saya ini sebenarnya memang betul-betul kat depan Masjid Jamek Sri Petaling dan sebelum PKP memang saya kerap solat kat situ, sebelum masjid berkenaan kerana wabak ini. Di kesempatan ini saya mahu mohon kemaafan jika sebelum ini ada salah silap dengan sesiapa, mohon doakan saya cepat sembuh, amin”

Pu Riz juga berkongsi cerita bahawa bapa sedaranya juag telah disahkan positif dan kini turut sedang dirawat di hospital. Semoga Pu Riz dan keluarga sembuh segera dan cepat baik.

Share this on...