Sekitar majlis nikah pelakon Miera Leyana

1,022 views

Miera Leyana, pelakon berumur 27 tahun kini sah selamat bergelar isteri kepada jejaka bernama Rosland Othman, yang berumur dalam lingkungan 40-an semalam.

Pasangan ini bernikah di sebuah hotel pada pukul 8.45 malam tadi. Dengan sekali lafaz, Miera dan Rosland dinikahkan oleh bapa Miera iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat.

Majlis pernikahan ini dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh family dan kenalan terdekat sahaja. Pihak Miera Leyana telah menerima mas kahwin sebanyak RM100.

Untuk majlis ini, tema yang dipilih ialah klasik dan moden. Kedua pasangan pengantin telah memakai baju pengantin berwarna putih perak.

Baju nikah ini diereka oleh Rizman Ruzaini, dan pelamin, dekorasi serta wedding planner dibuat oleh pihak The Calla.

Jom baca komen dari pengantin baru, Miera Leyana setelah selamat bergelar isteri, malam tadi.

“Saya nak ucapkan terima kasih di atas semua doa dan restu dalam penyatuan dua hati pada hari ini. Sejujurnya, saya tidak menyangkakan, dari seorang teman baik, akhirnya kini dah jadi suami saya. Kami berdua tak ada lah nak sakan bercinta macam pasangan lain, cuma pada mulanya saya senang kenalinya sebagai kawan.

“Setelah saling mengenali, bermula sejak empat tahun lepas, jadi semakin rapat. First time kami berjumpa semasa saya dating ke satu majlis pelancaran”.

Setelah empat tahun berkawan, akhirnya pada bulan Mei yang lepas, Rosland meluahkan hasrat untuk peristerikan Miera dan pelakon ini setuju.

“Suami terus jumpa dengan family dan nyatakan hasratnya nak memperisterikan saya. Family memang tiada halangan, dan amat merestui hubungan kami berdua.

“Kalau ikutkan persiapan majlis nikah ini dibuat hanya dalam tempoh tak sampai sebulan pun. Kami bernikah ni dalu, dan kemudian majlis resepsi akan dibuat pada bulan hadapan”.

Jelasnya, Rosland mempunyai karakter yang jauh dan amat lain dari dirinya namun jejak berkenaan seorang yang memahami dan menerima dirinya seadanya.

“Suami ni orangnya lain dari yang lain. Karakter kami jau bagaikan langit dan bumi, tetapi dia terima saya seadanya. Dia amat matang, seorang yang penyayang dan caring. Saya memang perlukan lelaki yang faham diri dan jiwa saya”.

Tahniah buat Miera Leyana dan juga Rosland, semoga berbahagia.

Share this on...