Tak sengaja terakam gambar Intan Ladyana dan Harris makan bersuap, sweetnya

2,114 views

Pasangan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif sedang mengenali hati budi masing-masing. Kisah hubungan antara mereka berdua kini dah diketahui orang ramai.

Intan Ladyana dilihat amat berhati-hati berkenaan hubungannya dengan Harris Alif dan jarang nak bercerita tentangnya.

Ada beberapa kali Harris Alif muatnaik gambar bersama Intan Ladyana dan buat ramai follower mereka memuji keserasian antara pasangan ini.

Dalam perkembangan terkini, semalam, seorang rakan mereka yang juga hair stylist, Aqmal Adly telah memuatnaik sekeping gambar di malan IG story.

Dari gambar berkeneaan, memang sweet habis kedua pasangan ini, yang mana kelihatan Harris Alif sedang menyuap makanan ke mulut Intan Ladyana.

Aqmal menulis sebenarnya dia nak ambil gambar makanannya namun secara tak sengaja terakam pula momen manis antara Harris Alif dan juga Intan Ladyana.

Diimbas kembali, sebelum ini memang ada dakwaan yang kuat mengatakan bahawa Intan dan juga Harris akan disatukan pada tahun depan, tahun 2021.

Sebenarnya, kisah ini telah dimuatnaik oleh Aqmal juga di laman Ig miliknya.

Dari gambar, jelas menunjukkan hint-hint yang mana kedua pasangan ini seperti merancangan mahu akhirir zaman solo mereka pada tahun depan.

Antara hint yang dilihat ialah tulisan “my next celebrity wedding” serta gambar cincin dengan caption semoga dipermudahkan.

Gambar berkenaan dikatakan diambil ketika meeting antara pasangan ini dengan perunding wedding event pada bulan Oktober yang lalu.

Apapun, tiada kenyataan rasmi dari Intan mahupun pihak Harris Alif tentang hal ini. Intan berkata dia memang tak mahu bercerita lanjut tentang kisah huungan dengan Harris Alif kerana ianya dalah sesuatu yang amat peribadi buatnya. Kita kena tunggu sahajlah tahun depan, untuk kisah mereka ini. Harap nya akan jadilah, sama cantik dan sama padan kedua mereka ini.

Share this on...