Unfollow menantu, ini respon Rozita Ibrahim

3,422 views

Akhirnya Rozita Ibrahim, ibu kepada Datuk Aliff Syukri dan ibu mentua kepada Datin Shahida tampil memberi komen setelah ada pihak yang mengatakan dia dah unfollow menantunya itu di laman media sosial. Menjawab banyak persoalan dan kata-kata pedas dari netizen, Rozita menjelaskan, dia dah unfollow semua anak-anaknya termasuk Aliff Syukri dan juga Yati Sendayu Tinggi di laman media sosial. Ini penjelasan dari Rozita Ibrahim. Sila baca.

“Saya bersuara kerana sudah tidak tahan dan penat, kalau org lain tak ada siapa kisah pun. Tak follow bercerai bagai tak ada orang berminat yang nak tahu

“Bab Kri dengan Ida saya pun terpalit sama. Saya tak ada salah dalam hal ni. Tolonglah, kasihani lah, berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya dgn masalah yg peribadi ni. Suka hati saya nak follow atau tidak. Pak menteri atau artis pun saya tidak follow. Saya talkan lihat benda yang tidak menguntungkan

“Saya tidak follow Ida, kecoh semalaya masa PKP ni, inilah sempitnya cara berfikir. Sedap saja bergosip sebagai penghilang stress ya. Seronok gosip. Nak tahu saya gaduh serta ada salahkan menantu. Dia tetap anak menantu sayalah sampai jannah. Dalam islam tak ada istilah unfollow masuk neraka wei.

“Pernah nampak saya gaduh dgn orang lain di media kah? kalau dgn orang lain pun tidak pernah, tak kan lah saya nak gaduh dgn Ida. Posting saya semua kat Instagram dikatakan sindir Ida? Saya ni org tua yang matang. Berhentilah jadi penyibuk. Dia sangat baik dengan saya, sampai sekarang. Saya juga tak follow Yati, dan juga Kri, tapi tak ada pula org yg tanya.

“Saya langsung tidak pernah burukan Ida, dan tak campur dengan dunia luar. Ingat ayat saya ni, dia tetap menantu saya hingga akhir hayat serta ibu cucu-cucu saya. Saya tidak follow bukan maksud saya ada gaduh. Saya malas dan tak nak dah tengok semua anak-anak saya di media sosial. Semak otak je.

Itulah penjelasan dari ibu kepada Aliff Syukri. Nampaknya Rozita Ibrahim telah melabel Shahida sebagai menantu sampai akhir hayat menunjukkan dia amat menyukai dan menyayangi Shahida.

Share this on...