Ya itu teman lelaki saya, Alya Iman kini bercinta dengan jejaka anak dua

598 views

Pelakon sedang meningkat naik Alya Iman telah tampil buat satu lagi kenyataan. Kali ini pelakon berumur 19 tahun ini telah mengesahkan gambar dirinya bersama seorang jejaka yang tersebar di laman sosial itu merupakan kekasih hatiny atau teman lelakinya.

Jejaka berkenaan bernama Ridhwan Rosli dan menerusi satu laporan, Alya mengesahkan bahawa Ridhwan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Ini komen Alya Iman tentang kekasihnya: “Ya memang betul lelaki berkenaan merupakan teman lelaki saya. Nama dia ialah Ridhwan Rosli. Dia dah ada dua orang anak iaitu seorang anak perempuan yang dah masuk umur lima tahun dan seorang anak lelaki yang kini berumur tiga tahun. Anaknya itu hasil dari perkahwinan sebelum ini”.

Alya Iman yang merupakan pelakon drama berjudul Senafas Rindu, bagaimanapun tak mahu mengambil pendekatan nak terlalu dedah sangat tentang kisah percintaan mereka.

Akan tetapi, sekiranya hubungan semakin serius dan mempunyai perancangan untuk meneruskan ke fasa seterusnya dan berkahwin, Alya Iman berkata dia tak akan menyembunyikannya.

“Kalau ada rezeki dan jodoh, jika ada sebarnag info yang saya nak dikongsikan, saya akan share. Sekarang ini awal lagi untuk beritahu apa-apa. Buat masa sekerang saya cuba keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan”.

Sebelum ini, Alya jadi voral sebab dikatakan pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang merupakan suami orang, namun hubungan mereka terputus sebab tak mendapat rstu isteri pertama.

Hal ini mula dihidu netizen setelah isteri kepada ahli perniagaan itu buka cerita mendedahkan hal berkenaan kepada umum.

Kini nama Alya terus jadi bualan orang ramai dan gadis berumur 19 tahun ini telah pun mohon maaf sebab isu yang berlaku kepada nya. Jelasnya dia masih muda dan akan jadikan ini sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Share this on...