10 Foto: Sekitar majlis resepsi Ryan Fahmi Bakery dan isteri “Sempat buat muka tu”

1,085 views

Personality media sosial terkenal, Ryan Bakery, merupakan antara yang sedang naik namanya dalam bidang seni tanah air. 

Bermula dengan video-video lucu di laman media sosial, kini Ryan Bakery dah pun menempa nama sebagai pelakon. 

Perjalanan seni Ryan Bakery dijangka akan terus meledak selepas ini, apatah lagi sudah pun mempunyai pengurus yang akan menguruskan kariernya selepas ini. 

Walau pun baru naik dan mencipta nama, ianya tak menghalang Ryan Bakery untuk memulakan hidup baru. 

Ini apabila Ryan Bakery telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pada tahun lalu. 

Isteri Ryan Bakery bernama Elyia Ibrahim, wanita yang dikenalinya sebelum menjadi terkenal dan famous. 

Pasangan ini diijabkabulkan pada bulan Oktober 2022.  

Namun begitu, setelah hampir dua bulan berkahwin, baru bulan ini Ryan Bakery dan isteri, Elyia Ibrahim mengadakan majlis resepsi di Melaka. 

Ianya merupakan majlis di Melaka kerana ianya merupakan tempas asal atau kampung isterinya itu. 

“Syukur alhamdulillah, dah pun selesai majlis di Melaka. Ini merupakan kampung isteri saya yang tercinta Elyia Ibrahim.” 

Kedua pasangan ini memilih busana pengantin berwarna hitam bertatahkan warna keemasan. 

Ini antara beberapa keping photo sekitar majlis persandingan Ryan Bakery dan Elyia Ibrahim. 

Ryan juga sempat buat muka kelakar ketika bersanding.

Untuk info, Ryan Fahmi Bakery pernah mengatakan bahawa Elyia Ibrahim merupakan wanita yang setia berada di sisi nya tak kira semasa dirinya dalam keadaan sukar dan juga dalam keadaan yang senang. 

Bagi Ryan Bakery, Elyia sememangnya wanita yang amat baik hati dan menjadi idaman hatinya setelah berkenalan selama 5 tahun lamanya. 

Ryan Fahmi Bakery menjadi terkenal setelah videonya mengimbau kenangan lama telah menjadi viral. 

Antara watak yang popular ialah Ryan Bakery memakai bedak di wajahnya, berlakon menjadi budak.