“Saya ni degil” Suami pernah ajak dating di masjid, Julia Farhana belum sedia bertudung

790 views

Pelakon Julia Farhana telah pun bergelar isteri kepada doktor perubatan iaitu Dr Che Hafiz. 

Julia Farhana akui sebelum ini, suaminya itu pernah ajaknya untuk berkenalan atau dating di masjid. Ini berlaku semasa di awal perkenalan mereka berdua. 

Walaupun agak terkedu dengan ajakan dari Dr Che Hafiz, namun, sifat yang menitik beratkan hal agama membuatkan Julia Farhana jatuh hati pada suaminya itu, ketika itu. 

“Beberapa minggu semasa kami mula-mula nak mengenali hati budi, dia pernah ajak saya pergi ke masjid di Shah Alam.” 

“Masa tu, saya terkejut dan agak pelik jugalah. Sejujurnya, saya ni seorang yang degil. Tetapi sifatnya yang mengutamakan suruhan agama tu telah berjaya melembutkan hati saya untuk terima pelawaannya.” 

Jelas Julia Farhana, dia memang tahu bahawa Dr Che Hafiz ni selalu sembahyang secara berjemaah. 

“Saya memang tahu dah jadi rutin untuk suami saya ni ke masjid, dia memang suka solat secara berjemaah.” 

“Sampai ke hari ini juga, kalau ada masa terluang, kami berdua akan sama-sama ke masjid.” 

Julia Farhana juga amat bersyukur kerana memiliki suami seperti Dr Che Hafiz kerana suaminya itu kini banyak memberi tunjuk ajar terutama membimbingnya ke jalan yang diredhai. 

“Suami kini banyak membimbing dan tunjuk ajar saya tentang agama. Dia juga ada membelikan buku amalan Islam.” 

Namun begitu, kerana masih lagi baru, Julia Farhana belum lagi bersedia untuk bertudung buat masa sekarang. 

“Cumanya saya ada cakap padanya yang sayani masih lagi belum bersedia untuk bertudung atau menjadi isteri sempurna. Namun, saya akan sentiasa untuk berusaha ke arah itu.” 

Untuk info, Julia Farhana membuat pengumuman pada bulan Disember tahun 2022, bahawa dia dah pun bergelar isteri kepada Dr Che Hafiz dalam satu acara akad nikah tertutup.