13 kahwin belum ada anak, Arash dan isteri reda.. Kini bela kucing

2,736 views

Arash Mohd antara pelakon senior yang masih aktif dalam bidang lakonan. Kerjayanya dalam bidang seni boleh dikatakan agak baik untuk seorang yang berumur 51 tahun. Memang selalu saja nampak Arash berlakon dalam drama.

Namun Arash Mohd telah diuji bersama isterinya. Kikni mereka dah 13 tahun berkahwin, namun pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi satu laporan oleh Harian Metro, Arash dan isterinya Noor Afidahwati reda dengan ketentuan berkenaan.

Kami 13 tahun dah kahwin, namun belum ada rezeki menimang cahaya mata. Kami selalu berusaha macam-macam. Kami okay, anggap tiada rezeki lagi.

Saya dan isteri menjalani kehidupan biasa saja, dan boleh kata setiap hari macam honey moon sebab tak ada anak.

Arash akui dia selalu menerima soalan tentang bila nak ada anak, namun dia tak berkecil hati pun, walaupun soalan itu boleh dikatakan agak sensitive.

Tak ada rasa kecil hati pun bila ada orang yang tanya sudah ada berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. No problem.

Saya dan isteri terima apa yang berlaku. Kami selalu saja anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab kepada Tuhan belum kurniakan anak kepada kami. Saya percaya qada dan qadar. Saya dan isteri tetap usaha, cuma hasilnya belum lagi, semuanya dengan keizinannya.

Ada juga yang memberi cadangan kepada Arash untuk mengambil anak angkat sebagai penyeri keluarga, ini jawapan dari Arash.

Kami selalu dapat komen sebegini. Kami pun jenis yang terbuka. Bila orang kata tak nak ambil anak angkat kah, niatnya memang ada, tapi belum masanya untuk ambil anak angkat.”

Dalam usaha mendapatkan anak, Arash dan isteri memang telah pun berjumpa doktor. Sememangnya belum ada rezeki saja.

Untuk menyalurkan kasih sayang, Arash berkata dia dan isteri mempunyai banyak kucing. Sehingga kini jumlah kucing yang dimiliki ialah sebanyak 11 ekor.

Mulanya ada seekor kucing yang dah 10 tahun dengan kami, kini dah jadi 11 ekor. Semua kucing saya memang tak kurung dalam sangkar.

Kami jaga semuanya macam anak. Semuanya dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Syukur, alhamdulillah, ada saja rezeki setelah menjaga kucing-kucing ini.

Kucing semua ini bukan saja pet tetapi dah jadi sebahagian family saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat zoo kat rumah.

Itulah cerita Arash Mohd dan isterinya Afidahwati.