(6 Foto) Wajah terkini Nasha Aziz di umur 51 tahun, berlakon dengan Zain Saidin

10,332 views

Lama tak nampak pelakon dan model terkenal Nasha Aziz di kaca televisyen. Sebelum ini pun, nama Nasha Aziz ada naik ketika hadir di satu event fashion show, sekitar tahun lalu.

Nampaknya tahun 2022 ini, di usianya dah nak masuk 51 tahun, Nasha Aziz kembali aktif dalam duni seni industry lakonan, Nasha is back untuk berlakon.

Melalui satu gambar oleh pelakon Zain Saidin, suami kepada Rozita Che Wan ini ada muatnaik satu scene dirinya dengan Nasha Aziz.

Dari caption, drama berkenaan berjudul Rindu Darul Iman. Ada gambar terkini Nasha Aziz untuk tahun 2022 ini. Untuk yang mahu lepaskan rindu, ini foto terkini Nasha Aziz.

Berkenaan drama Rindu Darul Iman ini, ianya merupakan drama bersiri sebanyak 20 episod untuk RTM TV1. ianya diterbitkan oleh syarikat Zeel Production.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Zain Saidin, Nasha Aziz, Rozita Che Wan, Nomad, Mei Fen, Trisha Ooi, Afiq Hamidon, dan Ahya Rosli.

Ini gambar terkini Nasha Aziz lagi.

Dari gambar, walau umurnya dah masuk 51 tahun, memang masih cantik jelita Nasha Aziz ni.

Diimbas kembali nama Nasha Aziz naik mendadak ketika menjadi pelakon utama dalam banyak filem dari drama bersiri.

Antaranya filem Kad Cinta, Puteri Impian, Laila Isabella dan Gerak Khas The Movie. Dalam filem Bara, Nasha Aziz telah menang award pelakon harapan untuk tahun 1999.

Nasha Aziz juga banyak berlakon drama yang hebat seperti drama Kutub Utara Kutub Selatan, ketika itu bergandingan dengan Hans Isaac.

Sudah tentu ramai yang tonton naskah terkini Nasha Aziz, harapnya tahun ini banyaklah drama-drama atau filem dari Nasha Aziz. Mesti ramai tertunggu-tunggu.