Baru berkahwin sejak bulan Ogos yang lalu, badai melandai rumahtangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Fahmi Ilyas.
Semalam, Nynaa akhirnya buat satu kenyataan menyatakan dia bukanlah dilarikan oleh family sebaliknya kini dalam keadaan selamat dalam jagaan keluarganya.
Malah Nynaa turut hadir ke mahkamah kerana dia ada buat satu permohonan untuk berpisah dengan suaminya itu.
Kata Nynaa, dia ada hubungi suaminya pada tarikh 12 November yang lalu untuk berbincang.
Suami Nynaa iaitu Fahmi Ilyas akui mereka ada berhubung pada tarikh 12 November dan berbincang tentang urusan mereka,
Fahmi Ilyas mendedahkan dia mahu berjumpa dengan Nynaa, namun telah dikenakan sebanyak 7 syarat yang dia kena ikuti. Ini komennya seperti yang dilaporkan oleh Mstar.
“Betul, dia ada call saya pada 12 November lebih kurang jam 6 petang. Dalam 30 saat pertama ketika dia call, saya gembira dengar suara dia tapi selepas itu saya macam tak sedap hati.”
“Dia kemudian beri tujuh syarat untuk berjumpa dengan saya untuk bincang hal kami berdua.”
Fahmi kemudian menyatakan semua syarat yang diberikan oleh isterinya itu.
“Syarat pertama, kena jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru. Syarat kedua, saya kena datang seorang diri. Yang ketiga, saya tak boleh rakam sebarang perbualan.”
“Kemudian syarat yang seterusnya, saya tak dibenarkan bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa family dan juga tak dibenarkan membawa pihak media.”
“Dia kata mahu berjumpa tetapi kenapa begitu banyak syarat diberikan”
Fahmi Ilyas kemudian bercerita bahawa memang hubungannya dengan family Nynaa kurang baik setelah berkahwin.
Namun, Fahmi tak pasti apa punca sebenarnya, namun mempercayai ianya ada kaitan dengan hal melibatkan kewangan.
“Sebelum kami kahwin, hubungan saya dengan family dia amat baik dan kami rapat. Namun lepas bertunang, family dia terutama ibunya berubah dari segi layanan. Jujur memang ada isu antara saya dan ibunya.”
“Ada beberapa isu dan salah satu darinya ialah melibatkan kewangan. Namun saya tak dapat nak sahkan hal itu jadi punca kerana saya pun tak pasti.”
“Saya memang nak bertemu dengan ibu Nynaa tapi dia pula yang tak mahu. Nynaa ada beberapa kali cuba pulihkan hubungan saya dengan ibu dia.”
Itulah sedikit pendedahan dari Fahmi Ilyas melalui Mstar. Untuk info Fahmi Ilyas dan Nynaa Harizal baru berkahwin pada 28 Ogos 2021.