Baby Shima akui tertekan dengan apa yang sedang kepada dirinya yang menerima pelbagai komen kurang baik dari orang ramai.
Tak dapat nak menahan perasaan, Baby Shima akhirnya mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hati dengan menyertai sesi kaunseling bersama seorang kaunselor sukarelawan Rumah Prihatin, Garnd Season di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Baby Shima menyertai sesi dengan seorang kaunselor bernama Muhamad Nabil. Jelas penyanyi ini, dia rasa amat lega kerana dapat meluahkan rasa yang terbuku.
“Memang amat lega. Selama ini saya hanya pendam seorang diri. Sekarang dah luahkan semuanya baru rasa lebih lega sikit.”
“Saya cerita semua masalah pada Nabil. Syukur alhamdulillah amat lega. Saya kena ulangi sesi untuk kali kedua di masa yang sesuai.”
Shima berkata, ada rakan yang menyarannya untuk sertai sesi kaunseling itu.
“Ikutkan hati, saya tak nak join khidmat ini. Saya kurang pendedahan tentang benda macam ni. Tapi setelah dinasihati rakan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling.”
Apa yang dialami oleh Baby Shima ketika ini tak dapat nak ditanggung lagi, sebab itu dia amat down.
“Sekarang ni saya dah betul-betul lemah. Sampai satu tahap rasa down. Saya bukannya tak boleh nak terima teguran. Saya boleh terima tapi ada adabnya. Banyak yang tegur tapi cara mereka keterlaluan.”
Baby Shima turut bercerita keadaan dirinya sebelum sertai sesi kaunseling ini.
“Kat rumah saya begitu tertekan sampai kepala saya rasa berat sangat. Kadangkala ada rasa badan mengigil, amat lemah dan tak boleh tidur. Ini buat kesihatan saya terkesan. Berat badan saya pun dah turun dengan mendadak, tinggal berat 40kg saja, dulu 45kg lebih.
“Saya tak boleh fokus dengan kerja sampai nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu hidup saya. Fikiran serabut sampaikan saya akhirnya jumpa doktor dan ambil ubat penenang.”
Tentang kerjanya, Baby Shima berkata dia akan ke negara jiran untuk bekerja dan akan pulang ke Malaysia sekiranya menerima tawaran.