6 Foto, sekitar majlis pernikahan Jasmin Hamid

10,143 views

Jasmin Hamid, 47 tahun telahpun selamat bernikah jejaka berumur 35 tahun bernama Nazmir Abd Rahim petang semalam. Pasangan ini bernikah di pejabat agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menerusi satu laporan, suami Jasmin Hamid iatu merupakan pengurus merangkap pembantu peribadi (PA) nya sendiri. Jasmin menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan barangan alat solat, telekung dan juga sejadah.

Menurut Jasmin, rancangan untuk berkahwin baru saja dibuat kira-kira sebulan yang lalu.

“Semasa saya upload foto, memang ramai yang terkejut, kecuali family. Hanya family yang tahu. Pernikahan ini dibuat bulan lepas.”

“Saya seorang yang berahsia berkaitan soal peribadi termasuklah perkahwinan. Sebab itu saya tak ada cerita.”

“Memang kami ni tak pernah bercinta. Kalau ikutkan dah lapan tahun dia menjaga saya sebagai pembantu peribadi saya. Dia tahu semua, hal yang baik dan buruk. Begitu juga saya.”

“Malahan sebelum ini kami masing-masing pernah ada berkawan dengan orang lain. Oleh itu, saya tak pernah jangka akan ke fasa ini.”

Sepuluh tahun hidup secara single, akhirnya Jasmin Hamid baru terbukan untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya hidup solo lebih kurang 10 tahun. Bukan satu perkara yang senang untuk buka hati pada orang lain. Ramai orang datang dan pergi dalam hidup saya. Dan bukan mudah untuk terima tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tapi dia tahu saya, saya pun tahu dirinya. Dia memang tulang belakang saya selama ini. Dia ada ketika susah senang saya.”

“Dia pun sudah berapa umurnya. Kami mahu reda Allah dan mahu elakkan cakap-cakap orang. Sebab tu mahu halalkan hubungan ini, sungguhpun orang tahu dia tu PA saya.”

Berkata tentang beza umur, Jasmin Hamid tak pernah ada hati dengan orang yang lebih muda sebelum ini.

“Umur kami berbeza sebanyak 12 tahun. Saya tak pernah ada taste dengan orang lebih muda. Namun setelah dia approach, saya fikir, selama lapan tahun ini dia yang jaga saya.”

Jasmin Hamid sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak kandung, Ian Haziq, 20 tahun. Selain itu Jasmin ada mengambil dua orang anak angkat, Rohana dan juga Lukhman Hakim.