“Saya rasa hidup macam tak betul” Uqasha Senrose terus ambil wuduk, solat

2,104 views

Pelakon cantik Uqasha Senrose yang baru saja menyambut hari lahir ke 29 baru-baru ini ada buat sedikit pengakuan bahawa dia memang ada rasa down akhir-akhir ini.

Jelasnya, dirinya ada rasa macam sesuatu yang tak kena sejak kena perintah kawalan pergerakkan diperketat.

Mungkin kerana dah biasa bekerja, dengan berlakunya PKPD, Uqasha rasa tertekan.

Jelasnya, hidupnya macam tertutup dan rasa diri macam tak betul sebab tak dapat nak pergi mana-mana sebab sebelum ini dia sudah terbiasa keluar bekerja setiap hari.

Kata tunang kepada Kamal Adli ini lagi, dia bukanlah nak mengeluh tetapi hal ini berkait tentang soal pengurusan masa seseorang itu.

Dek kerana dirinya mula rasa terkesan dengan keadaan ini, Uqasha Senrose ada memberi tips untuk kurangkan dan atasi masalah yang dihadapinya itu.

Melalui laporan dari portal Gempak, Uqasha kini cuba mendekatkan diri dengan pencipta sekalian alam.

Ya memang saya ada rasa down, mcam dah tertutup hidup ni. Kalau ada rasa sepeti ini, saya terus saja  berwuduk, dan terus sembahyang. Kemudian saya akan baca ayat suci, Quran.

Saya bukanlah nak tunjuk diri ni baik, itulah yang saya amalkan ketika ini. Dalam masa yang sama, saya akan borak-borak dengan family, akan kemas-kemas rumah dan juga mula berniaga.

Jelas Uqasha lagi, isu masalah mental ini memang benar-benar berlaku dan ianya ada bukti melalui laporan media yang saban hari ada saja yang meluahkan rasa tertekan. Pelakon ini berharap semua orang cuba buat untuk tidak memikirkan hal ini.

Saya bukannya seorang yang pakar dan nak pandai-pandai bagi nasihat. Tapi, tak kiralah agama apa sekalipun, dekatkanlah diri dengan Tuhan dan terus lakukan perkara yang positif.

Bangun pagi teru  mandi, segar dan cantikkan diri, lepas tu kemas rumah, masak-masak dan kemudian cuba baca buku.

Itulah antara perkongsian dari Uqasha dalam melalui perintah kawalan pergerakkan ketika ini.