Berpegang tangan dengan Zarina Anjoulie, ini jawapan Zoey Rahman

5,239 views

Jika yang ikuti Zarina Anjoulie, sudah tentu akan tahu hubunganya ketika ini amat akrab dengan selebriti Zoey Rahman.

Malah, baru-baru ini, mereka dilihat ada berpegang tangan erat, dan ini sekaligus membuat ramai tertanya-tanya tentang hubungan antara mereka berdua.

Akhirnya, melaui laporan Harian Metro, Zoey Rahman ada memberi jawapan kepada pihak wartawan tentang status mereka. Jom baca.

Tak dinafikan lagi kami berdua ni memang kawan rapat sekarang. Cuma untuk lanjut hubungan ini ke peringkat seterusnya, belum tahu lagi dengan keadaan semasa sekarang ni.

Setelah rapat, memang ada juga yang bertanya adakah Zoey sudah bersedia menerima Zarina Anjoulie seadanya, ini jawapan dari Zoey.

Ada yang tanya adakah saya ni boleh terima Anju? Al makluml semua pun memang Anju ni macam mana orangnya kan.

Apapun, saya ni sebenarnya lebih suka kawan dengan orang yang tidak ada nak hipokrit berbanding dengan orang yang bertudung namun bila kat belakang dia ada mengata pasal orang lain.

Sungguhpun Anju ni seorang yang lantang, dia amat jujur dan baik orangnya. Orang seperti ini lebih jujur berbanding mereka yang hanya nampak baik dan bertutup akan tetapi masih suka mengata orang dibelakang.”

Video antara Zoey dan Anju ini ada dimuatnaik di laman Murai. Ini videonya.

Zoey turut berkata, apa yang dilihat di Instagram itu sedikit saja, sebenarnya Anju memang terlalu banyak menolong orang.

Yang kita tengok kat Instagram tu hanya sikit saja tetapi sebenarnya ada lagi banyak kebaikan yang dia dah buat.”

Memang ada orang yang hanya nilai berdasarkan kisah lama dan bukan kebaikannya. Mereka ni selalu nampak yang tak baik saja.”

Zoey Rahman turut menafikan hubungannya dengan Zarina Anjoulie adalah untuk marketing semata-mata kerana produknya kini sudah berada di pasaran dengan jayanya.

Jelas Zoey Rahman lagi dia memang tak dapat nak puas kan hati semua pihak dan tidak kisah jika ada yang tak suka atau suka padanya.

Ada yang suka pada saya syukur, dan ada yang tak suka, tak mengapalah. Kadangkala kita ni tak bolehlah nak hakimi seseorang.  Setiap orang ada turun naiknya. Tidak boleh nilai orang sebab kita pun tidak ketahui pengakhiran kita macam mana.