Siti Nurhaliza dianugerah Biduanita Negara, hanya 4 penyanyi pernah terima anugerah tertinggi ini

2,075 views

Datuk Seri Siti Nurhaliza kini diangkat sebagai biduanita negara apabila menerima Anugerah Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara.  

Siti Nurhaliza, 45 tahun, kini merupakan biduanita ke-3 di Malaysia dan merupakan penyanyi ke-4 yang menerima anugerah berkenaan.  

Sebagai penerima anugerah, Siti Nurhaliza diberi trofi, wang tunai RM30,000 serta kain songket watikah dan status Seniman Tamu. 

Penyanyi kelahiran Pahang ini diiktiraf sebagai biduanita negara kerana amat aktif dalam bidang seni dan mengangkat seni budaya dan juga warisan negara di peringkat antarabangsa. 

Ini komen Siti Nurhaliza setelah menerima anugerah berkenaan. 

“Saya panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepda Allah, kerana dengan kurniaan bakat, saya berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai-nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik.” 

“Seni ini telah menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan juga negara.” 

“Oleh itu, saya berikrar untuk terus berusaha memberi nilai yang baik dan positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga, dihargai. Ini merupakan warisan yang kita ada dan perlu dipelihara.” 

SENARAI PENERIMA ANUGERAH 

Sebelum Siti, hanya tiga penyanyi saja pernah diberikan anugerah biduan atau biduanita negara ini. 

Oleh itu termasuk Siti, hanya empat orang saja pernah diiktiraf sebagai biduan dan biduanita negara. 

Ini senarai penerima anugerah tertinggi ini. 

  1. Allahyarham Puan Sri Saloma pada tahun 1978 (Biduanita). 
  1. Allahyarham Tan Sri SM Salim di tahun 2013 (Biduan). 
  1. Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada tahun 2006 (Biduanita).  
  1. Datuk Seri Siti Nurhaliza tahun ini, 2024 (Biduanita). 

Gelaran Biduan dan Biduanita Negara merupakan anugerah kepada anak seni dari Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya. 

Untuk info, sehingga kini Siti Nurhaliza merupakan artis Malaysia yang menerima anugerah terbanyak dan tercatat di Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan kekal memegang rekod berkenaan sehingga kini. 

Siti sudah menang lebih kurang 300 anugerah di dalam dan juga di luar negara. 

Tahniah buat biduanita Siti Nurhaliza