Ketiadaan Misha Omar di semi final Muzik Muzik cetus tanda tanya

640 views

Semalam telah berlangsung semi final Muzik-Muzik ke 39. Ramai yang ternanti persembahan dari penyanyi Misha Omar, namun ternyata para peminatnya kecewa.

Misha Omar tidak muncul di atas pentas untuk mempersembahkan lagu berjudul Masihkah Ada Rasa Itu sebaliknya digantikan oleh Vanessa Reynauld. 

Ketiadaan Misha yang mesra disapa dengan nama Kak Mish ini ternyata mengecewakan ramai para peminatnya. 

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan rasmi tentang mengatakan Misha tidak menyanyi di semi final Muzik-Muzik. 

Namun dikatakan, ada sebab yang tak dapat dielakkan olehnya, sehingga tidak dapat turut serta membuat persembahan. 

Di media sosial, ramai peminat meluahkan rasa kecewa kerna tidak dapat menyaksikan bekas pemenang Anugerah Juara Lagu itu beraksi di pentas berprestij berkenaan. 

Ini antara komen netizen. 

“Kecewanya Misha Omar tak ada pula. Saya mahu keadilan untuk Masihkah Ada Rasa Itu.” 

“Maaf cakap ni tetapi kan, semua lagu Misha Omar memang tercipta untuk dia seorang sahaja. Vanessa okay tapi saya nakkan Misha Omar jugak.” 

“Kalaulah lagu Masihkah Ada Rasa Itu layak ke AJL,  boleh tak kami mahu Misha Omar. Noktah.” 

Misha layak ke semi final Muzik-Muzik melalui lagu Misahkan Ada Rasa Itu, yang merupakan ciptaan Misha sendiri bersama Sharon Paul dan juga Que Afiq.

Selain Misha, seorang lagi peserta iaitu Fahimi Rahmat yang popular menerusi lagu Angau juga tidak dapat beraksi. 

Fahimi kini sedang berada di tanah suci mengerjakan umrah, dan tempatnya digantikan oleh Sharul Kamal. 

Untuk info, para juri untuk semi final Muzik-Muzik kali ini ialah anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim, Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan juga Ad Samad. 

Rancangan ini dikendalikan oleh Izzue Islam dan juga Fiza Frizzy. 

Anugerah Juara Lagu kali ke 39 dijangka diadakan pada bulan Januari tahun 2025, tahun depan.