Baju sendat, Ameera Khan akur terima komen netizen, minta doakan dirinya

1,683 views

Baru-baru ini fesyen yang dipakai oleh Ameera Khan telah membuat ramai netizen terkejut. Mana tak nya, pakaian yang dikenakan membuat bentuk badannya kelihatan.

Ini amat tak sesuai dengan imej terbarunya yang dilihat telah mula memakai hijab.

Menjawab pelbagai kata-kata kurang enak yang diberi kepadanya, akhirnya Ameera Khan memberi komen tentang isu ini.

Jelas gadis berumur 21 tahun ini, dia terima segala komen yang ditujukan kepadanta berkenaan gambar berkenaan.

“Saya terima semuanya dengan hati yang terbuka dan saya juga memohon agar semya tolong doakan saya untuk jadi manusia yang lebih baik di masa akan datang.”

Jelas Ameera Khan yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan ini, dia memang sedang cuba untuk berubah tetapi secara perlahan-lahan.

“Saya cuba untuk berubah secara perlahan-lahan. Saya tak kisah pun dengan apa orang lain di luar sana yang nak cakap sebab saya lebih kenal siapa diri saya ni.”

“Saban hari berlalu, pada setiap hari, saya sentiasa mencuba untuk menjadi orang yang lebih baik daripada hari sebelumnya.”

Itulah komen serta jawapan ringkas dari Ameera Khan tentang gambar baju sendat yang di upload olehnya baru-baru ini, melalui portal Kosmo.

Kisah ini bermula apabila adik Neelofa ini muatnaik gambar dirinya memakai baju jenama terkenal antarabangsa yang ketat selain singkat di atas lutut. Bahagian kaki Ameera pula dibaluti oleh stokin panjang.

Fesyen berkenaan dipersoal para netizen dan followernya yang mengatakan itu amat tak bersuaian dengan imejnya yang sudah pun berhijab.

Antara komen yang ditulis netizen ialah sekiranay belum bersedia untuk berhijrah lebih baik jangan berhijab.

Ramai juga yang mendoakan yang terbaik buat Ameera Khan, semoga lebih kuat dalam penghijarahannya itu, yang penting sudah ada niat, nak berubah kena slow-slow.