Zizan menyesal beli kereta mewah Ferrari di zaman muda

4,495 views

Bergelar sebagai selebriti terkenal, sudah tentu akan terima bayaran yang lumayan. Zizan Razak antara selebriti yang pernah melonjak namanya ketika zaman kegemilangannya menubuhkan kumpulan Jozan bersama Johan.

Banyak tawaran berlakon dan persembahan lawak termasuk Maharaja Lawak Mega yang membuatkan nama Zizan ketika itu boleh dilabel antara artis poluar di Malaysia.

Merasai kenikmatan mempunyai wang yang banyak, Zizan telah membeli kereta mewah dan antaranya kereta Ferrari.

Namun begitu, baru-baru ini, dek kerana semakin matang, Zizan Razak akui bahawa pembelian kereta-kereta mewah antara perbuatan yang dikesali olehnya.

Beli kereta-kereta jenama mewah awal-awal duhulu.” Itu jawapan Zizan apabila ditanya tentang penyesalannya zaman muda dulu.

Ada sesetengah yang tanya kepada saya dan minta pendapat, sama ada nak beli kereta jenais GTR atau jenis Mustang, saya kata jangan.

Nasihat saya ialah tak payahlah beli. Akan tetapi itu mungkin kereta idaman dia dan dia mampu, tapi mungkin bagus dan mungkin tidak.

Bagi pendapat saya, ianya tidaklah bagus untuk masa depan seseorang. Lagi bagus beli rumah, itulah perkara yang paling penting, best thing ever.

Zizan berkata sedemikian secara langsung di satu segmen menerusi sesi live bersama Joe Glizzow semalam.

Turut berada di sesi live berkenaan ialah Fakkah Fuzz dan juga usahawan bernama Pak Din.

Pelawak yang bermula dari rancangan Raja Lawak ini mengakui mempunyai asset tanah dan rumah adalah pelaburan yang bijak.

Ini nak dibandingan dengan tindakannya yang tergesa-gesa membli kereta mewah Ferrari tak lama dulu.

Beli kediaman, rumah ni untuk hujung hari kita namun kalau keret apula, kejap GTR, lepas tu dah tukar. Macam-macam jenis dah keluar baru.

Kita kena bijak melabur sebab apabila kita tutup mata, duit tu tetap jalan dan ianya bekerja untuk kita.

Pada tahun 2015, ZIzan ada membeli kereta Ferrari dengan harga RM1 juta lebih.