Berita tentang kemasukkan penyanyi Siti Sarah ke unit rawatan rapi (ICU) awal pagi tadi kini sudah diketahui umum. Siti Sarah yang kini sedang hamil 7 bulan, telahpun positif covid dan bacaan oksigen pula tidak berapa baik.
Petang Khamis, Siti Sarah telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan yang terletak di Cheras untuk pemantauan rapi.
Pada malamnya, bacaan oksigen masih belum stabil dan Shuib dan anak-anak sempat video call isterinya itu. Disebelah waktu pagi hari Jumaat, Shuib telah mengesahkan Siti Sarah dimasukkan pula ke ICU kerana masih belum stabil bacaan oksigen.
Berita ini nampaknya membuatkan ramai yang mendoakan agar Siti Sarah kembali sihat dan dapat melawak penyakitnya itu.
Memang banyak rakan-rakan artis yang hadir di ruangan komen, memberi kata-kata semangat serta doa buat Siti Sarah, Shuib dan juga keluarganya.
Antara yang menulis komen ialah Lisa Surihani, Erra Fazira, Remy Ishak, Alif Satar, Nabila Huda, Wak Doyok dan juga rakan pelawak seperti Achey, Ajak Shiro, Sharif Zero dan Nabil.
Lisa Surihani menulis: “Subhanallah, kurniakanlah kesembuhan serta syifa ke atas Siti Sarah Raisuddin. Ya Allah yang pelindung, lindungi juga anak dalam kandungannya. Syuib, kami sama-sama doakan untuk kamu sekeluarga. Moga dikurniakan kekuatan. Sedih baca ni.”
Ini pula komen Remy Ishak: “Stay strong Ib, semoga Allah akan mudahkan urusan kau, Sarah dan juga anak dalam kandungan serta semua ahli family yang lain. Ujian hebat untuk manusia hebat. Kami sentiasa akan titipkan doa dalam setiap waktu.”
Siti Elizad dan Nazia Mustafar juga hadir memberi sokongan kepada Sarah dan juga babynya.
Rata-rata meminta Shuib agar terus kuatkan dirinya demi isterinya yang tercinta yang kini sedang berjuang melawan covid.
“Kami akan sentiasa doakan Ib, kau kena kuat untuk dia Ib. Semoga diberi kekuatan buat kau dan juga Siti Sarah.” Itu antara komen yang ditulis rakan-rakan pelawak.
Dengan begitu banyak komen ditulis oleh rakan-rakan artis, ini menunjukkan ramai yang sayang dengan pasangan selebriti ini. Di bawah ini pula komen dari Amir Raja lawak dan Angah Raja Lawak.
Sama-sama kita doakan agar Siti Sarah dan juga anak dalam kandungan akan selamat dan juga sihat, amin.