Terkini: Shuib sahkan Siti Sarah dimasukkan ke ICU

2,627 views

Siti Sarah sebelum ini dah antara artis yang dah positif buat swab test bersama suaminya Shuib. Malah dek kerana bacaan oksigen yang rendah dan kini sedang hamil, Siti Sarah telah dimasukkan ke hospital untuk pemantauan rapi.

Dalam perkembangan terbaru, Shuib mengatakan Siti Sarah kini telah dimasukkan ke unit rawatan rapi atau ICU pada pagi Jumaat.

Salam Jumaat buat semua,pada pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke unit ICU kerana bacaan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tidak berapa baik.”

Saya minta di hari yang baik ini, pada hari Jumaat ini, doakan Sarah dan anak dalam kandungan itu. Semoga semua urusan isteri saya dan anak saya akan dipermudahkan. Semoga mereka diberi kekuatan.”

Malam tadi, sebelum dimasukkan ke ICU, Shuib memberitahu bahawa Siti Sarah memang masih lagi belum stabil dan sedang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Shuib juga sempat video call isterinya itu pada malam tadi. Dan jelas kelihatan Siti Sarah memerlukan alat untuk bernafas.

 “Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadangkala oksigen masih tak stabil, namun ibu kena kuat semangat, ye.”

Ucapan terima kasih buat yang sentiasa mendoakan. Harapnya kita kuat dalam tempuh ujian Allah ini. Diuji maknanya Allah sayang kita.”

Sementara itu, Siti Sarah juga sempat muatnaik gambar anak-anaknya dan menyatakan rasa kerinduan kepada anak-anak.

Rindu betul kat anak-anak ibu. Ya tuhanku, lindungilah suamiku, lindungi anak-anakku serta seluruh family ku.”

Petang Khamis, Siti Sarah dikejarkan ke HUKM Cheras kerana level oksigen yang tak menentu dan semakin menurun.

Siti Sarah juga mempunyai risiko yang tinggi kerana kini sedang sarat mengandung tujuh bulan, anak keempat. Sama-sama kita doakan agar Siti Sarah kembali sihat seperti sebelum ini.