“Siti Sarah dah ditidurkan” Ini keadaan terkini penyanyi ini, bacaan Yassin dibuat

3,313 views

Umum dah tahu bahawa isteri kepada pelawak Shuib dari kumpulan Sepahtu iaitu Siti Sarah, kini dah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Penyanyi berumur 36 tahun ini pada mulanya dimasukkan ke HUKM kerana bacaan udara atau oksigen dalam badan yang amat rendah. Bacaan oksigen masih lagi tak stabil dan akhirnya doktor membuat keputusan agar Siti Sarah dimasukkan ke ICU.

Satu kenyataan terbaru oleh pengurus Siti Sarah, iaitu Nana Mohd Rom, yangb telah update keadaan terkini Sarah yang mana penyanyi in telahpun ditidurkan.

Siti Sarah kini sudah ditidurkan. Mohon tolong semua agar dapat doakan dia.” Itu komen dari manager Sarah.

Jelas Nana lagi, sebagai usaha yang boleh dibuat, satu majlis bacaan surah Yassin akan dibuat pada tengah hari ini yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf.

Ini merupakan inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kami semua kepada Siti Sarah dan juga baby yang dikandung olehnya. Dengan keizinan, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kami semua.

Dari penerangan doktor sebelum ini, pesakit yang masuk ke ICu selalunya sudah masuk ke stage empat atau lima. Untuk yang kurang mengerti, pesakit covid akan ditidurkan dan ianya meruapkan salah satu procedure yang dibuat kepada pesakit yang mempunyai kadar oksigen yang rendah.

Menerusi satu penerangan dari Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia iaitu Dr Malar Santhi Santherasegapan maksud tidurkan pesakit merupakan prosedur intubasi kepada pesakit covid yang amat perlukan bantuan alat pernafasan.

Ianya bertujuan nak salurkan oksigen ke bahagian paru-paru pesakit untuk tingkatkan kadar oksigen.

Untuk tentukan pesakit itu perlu ditidurkan ianya apabila tahap oksigen pesakit amat rendah manakala kadar karbon dioksida pula tinggi dan pesakit mengalami kegagalan pernafasan.

Bagi elakkan pesakit berhenti dari bernafas atau pengsan, kita beri ubat, tidurkan dia dan masukkan tiub pernafasan ke dalam saluran pernafasan untuk salurkan udara oksigen ke paru-paru.

Itulah penjelasan kepada mereka yang kurang tahu apa itu maksud ditidurkan.

Apapun, mari kita doakan agar Siti Sarah kembali sembuh dan baby dalam kandungannya selamat. Semoga Shuib dan keluarga terus kuat hadapi dugaan ini.