“Setelah 6 jam akhirnya saya dah bangun” Penyakit Eina Azman terjawab

13,379 views

Masih ingat tak ketika Datin Paduka Eina Azman dan suami Datuk Paduk Kaiser mengambil suntikan vaksin, dan ramai yang mengatakan mereka berdu apotong barisan untuk ambil vaksin dengan lebih capet berbanding orang biasa.

Kemudian, pihak hospital dan Eina sendiri membuat kenyataan, sebenarnya Eina ada sakit yang tak dapat nak dinyatakan kepada umum.

Malam tadi, akhirnya Eina Azman tampil buat pertama kalinya bercerita tentang penyakit yang dihidapi olehnya.

Eina memberitahu dia ada sakit di bahagian leher dan telah pun buat pemeriksaan biopsy di bahagian leher itu sejak tahun 2016 lagi.

Salam kepada semua. Syukur alhamdullilah setelah lebih kurang enam jam, akhirnya saya dah bangun. Ada ramai yang mesej dan whatsapp tanya pada saya, apa yang terjadi, kenapa tiada sebarang update apa-apa kat Instagram. Memang agak ramai yang mahu tau saya ni sakit apa sebenarnya.

Memang akhir-akhir ni saya agak kurang sihat. Saya pernah buat biopsy sebanyak empat kali di bahagian leher sejak tahun 2016 sampailah hari ini. Namun sakit saya ni masih belum hilang.

Pada hari ni saya berjaya buat operation selepas 2 tahun kerana area biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini dilihat telah membengkak dan masih rasa sakit. Ini merupakan pilihan kedua yang diberi oleh pihak doktor dari hospital Prince Court sampailah ke Gleaneagles. Harapnya selepas operation ni sakit saya akan hilang buat selamanya, doakan untuk saya.”

Kini barulah diketahui bahawa Eina Azman ada sakit di bahagian lehernya. Selalunya antara penyakit yang dikaitkan dengan biopsy di leher adalah thyroid. Namun Eina tiada menyatakan penyakitnya itu secara khusus.

Melihat ruangan komen, rata-rata para follower telah memberi sokongan kepada Eina Azman dengan menulis komen mendoakan agar pelakon yang terkenal dengan video masakan ini akan kembali sihat.