Datuk Jamal Abdillah umum isteri hamil 12 minggu, bakal timang anak di usia 64 tahun

5,250 views

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah telah menerima satu berita yang amat menggembirakannya.

Ini apabila isterinya Datin Zai Izzati disahkan telah hamil anak ketiga hasil perkahwinan mereka berdua. Secara keseluruhannya, ini merupakan anak yang kelima buat Jamal Abdillah.

Menerusi satu kenyataan, Datin Zai Izzati, 26 tahun, kini sedang mengandung dan usianya sudah masuk 12 minggu.

Jamal yang kini berumur 63 tahun, berharap sekiranya dia akan menerima seorang anak perempuan memandangkan dia sudah ada tiga orang anak lelaki, hanya seorang anak perempuan.

Syukur sangat, alhamdulillah isteri saya akan berpangkat sarjan, maksudnya ada tiga calit nanti (3 orang anak). Sekarang isteri sedang hamil anak ketiga, dan kandungannya sudah masuk lebih kurang tiga minggu.”

Sekarang ni saya dah dikurniakan tiga orang anak lelaki, dan hanya seorang saja anak perempuan. Oleh itu, kalau bolehlah memang nak anak perempuan. Tetapi saya tetap syukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Ditanya tentang tentang perasaannya yang kini sudah masuk anak ketiga, ini jawapan dari isteri kepada Jamal Abdillah.

Okey je, lepas ni bertambah kerja lah, syukur dah masuk 12 minggu” Itulah kata ringkas dari Zai Izzati.

Untuk info Jamal Abdillah berkahwin dengan Zai Izzati pada tahun 2017. Sebelum ini mereka berdua dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Azura Yamani (20 bulan) dab El Issac Yamani (9 bulan).

El Issac dipanggil dengan nama Zack, sempena nama wataknya dalam filem Azura lakonannya. Nama Azura juga diambil sempena nama filem berkenaan.

Datuk Jamal Abdillah sebelum ini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan yang terdahulu iaitu Osama Yamani (20 tahun) dan Ahmad Zaki Yamani (15 tahun). Kedua mereka kini dilihat mewarisi bakat ayahnya dalam bidang seni suara.