Che Ta dan Zain Saidin empat jam beri keterangan kepada polis

12,959 views

Pelakon Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa dengan nama Che Ta tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini. Ini ekoran report polis yang dibuat oleh pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA.

Difahamkan Che Ta telah memberi keterangan selama lebih kurang empat jam dan turut bersamanya ialah suami, Zain Saidin dan juga pengurus Afeeq.

Kesemua mereka tiba di balai polis pada pukul 12 tengah hari. Zain Saidin dan juga Afeeq turut memberi keterangan tentang hal ini. Ini komen Che Ta.

Saya telah berkerjasama yang baik dengan pihak berkuasa dan semuanya berjalan dengan lancar.

Che Ta berkata dia tak mahu berceita tentang laporan polis dari Diva AA yang mengatakan dia ada mengeluarkan kata-kata yang tak betul tentang pengacara berkenaan. Ini kerana kes ini masih lagi sedang disiasat dan kes sedang berjalan.

Peguamnya telah memberi nasihat agar jangan cakap apa-apa tentang kes ini sampailah perkara ini selesai.

Kes ini bermula apabila Azwan Ali menulis tentang pemakaian Che Ta ketika di PPV dan ada mengata tentang ibunya.

Dek kerana ibu terpalit, Che Ta tentang naik angin dan menulis kembali tentang Azwan Ali. Melihat reply dari Che Ta itu, Azwan Ali membuat report polis kerana berkata ianya tak benar.

Saya pergi tulis jawab status dia tu sebab dia kata yang tak elok pada saya. Sebagai perempuan sudah tentulah akan rasa kurang senang dengan perkataan yang dia guna, memang memalukan.”

Lebih kurang satu jam lepas saya post, saya delete balik sebab ketika tu tengah moody. Kemudian saya fikir, malas nak gaduh-gaduh. Tapi bila dia tulis tentang mak, saya rasa this is too much. Kenapa nak kena cakap macam tu.

Che Ta dia sebenarnya dah malas nak ambil peduli tentang hal ini dan tak mahu ada musuh, malah menyatakan dia tak pernah pun buat hal dengan Azwan Ali sebelum ini.

Kita ni semua hanya manusia biasa. Nabi pun maafkan orang yang cakap tak elok tentang diri Baginda. Apatah lagi kita ni. Dia pun orang dalam industri juga.”

Kenapa nak kena ada musuh. Tak berbaik tak mengapa tak perlu ada musuh. Jika dia nak berbaik, saya okey saja.”

Sebelum ini kita tak pernah ada masalah. Zain pun diambil keterangan sebab dia pun ada mengata Zain tapi Zain tidak membalasnya.

Dikatakan tentang saman dengan nilai RM5 juta, Che Ta akan buat apa yang Diva AA lakukan, dan semua tindakan lanjut akan tunggu dari pihak Azwan Ali.

Namun kalau dia ambil tindakan lanjut, kita akan follow the flow dan selesaikan mengikut undang-undang. Saman menyaman ni bukan ambil masa yang singkat untuk selesai.”

Che Ta berkata dia beberapa kali sudah bekerjasama dengan Azwan Ali, dalam rancangan Lagu Cinta Kita, Pung Pang Rizalman dan juga rancangan masakan Rosix. Malah semasa Azwan Ali pindah rumah baru, katanya nak ajak datang.

Dia kata dah pindah. Nanti dia dah siap rumahnya nak ajak datang. Sampailah saya ternampak dia muatnaik tweet tentang perkara ini, tapi mulanya saya hanya balas dan tak ambil tindakan.