Rasanya semua masih tertunggu siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru setelah pengunduran oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatannya beberapa hari lalu.
Dalam ramai yang berteka teki, tiba-tiba, Dato Seri Aliff Syukri datang dengan idea untuk menjadi Perdana Menteri yang baru. Aliff Syukri ada muatnaik sekeping gambar borang permohonannya mahu jadi PM Malaysia baru-baru ini.
Hal ini mendapat perhatian ramai pihak, yang mana rata-rata semuanya tak sokong Aliff Syukri sebagai ketua kerajaan.
Baru-baru ini, Aliff Syukri ada buat live dengan Zizan Razak dan mereka berbicara tentang topic ini, malah Aliff Syukri kata mahu melantik Zizan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun Zizan dilihat sering perli dan tak serius, manakala Aliff Syukri pula bersungguh-sungguh nak jadi PM Malaysia.
Lantaran itu, akhirnya Aliff Syukri dilihat merajuk dan terasa hati dengan kata-kata dari Zizan Razak, yang dlihat seperti memperlekehkannya.
“Maaf saya dah terasa dengan kata-kata dari Zizan Razak. Maaf ye, sebab tu saya terus off live tadi. Hati saya ni terluka kerana pada awalnya awak okey saja sokong saya seratus peratus jadi Perdana Menteri. Saya mula-mula gembira.”
“Tapi kat hujung-hujung ketika live tu, saya sedih, ayat Zizan buat saya terluka. Hanya orang yang tengok video tu tahu apa yang saya rasa.”
“Saya ni memang kena kuat untuk jadi pemimpin negara. Bagi saya Zizan Razak tak patut buat saya macam tu. Apa salah dan kekurangan saya.”
Zizan kemudian ada reply menerusi video dan berkata dia bukannya sengaja tetapi mahu beri nasihat sebab dia kan dipilih jadi Timbalan Perdana Menteri.
“Saya minta maaf sebab buat PM kita tadi merajuk, aduhai. Tapi takpe harap dia akan tenang, kejap lagi kita akan call dia semula. Dia kecik hati kata TPM perli dia. Bukan perli tapi kita bagi pendapat.”
Dalam pada itu, Selain Zizan, Wak Doyok dilihat turut beberapa kali menulis komen membahan Aliff Syukri yang dilihat agak lucu juga.
“Nanti kena kecam dengan rakyat dah menangis. Di dalam parlimen nanti kena sembur dengan pembangkang menangis lagi.”
“Dato takyah jadi Perdana Menteri lah. Baik jadi speker dewan parlimen. Nanti Dato boleh jerit kat ahli dewan.”