Wani Comel disahkan pergi buat selamanya akibat Covid19

11,203 views

Nama Wani Comel pernah popular tak lama dulu, terkenal kerana kesnya dengan seorang ahli perniagaan yang terkenal. Wani Comel kini disahkan sudah pun pergi buat selamanya pada malam Rabu, 18 Ogos 2021. Wani Comel pergi akibat komplikasi dari jangkitan virus Covid19.

Hal ini disahkan oleh seorang wanita yang merupakan ibu kepada kawan baik Wani Comel.

Wanita berkenaan mengatakan Wani Comel dan anaknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari yang sama.

Saya mahu maklumkan bahawa Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tadi, tarikh 18 Ogos 2021.

Wani pergi buat selamanya pada hari yang sama dengan anak saya pergi. Mereka berdua meninggal kerana Covid. Allahuakbar. Sayu hati saya dua insan yang saya sayang telahpun pergi pada hari yang sama. Saya minta semua dapat doa dan sedekahkan Al Fatihah kedua-duanya Wani Comel dan juga Putri Nur Rabiatul Nabihah.

Untuk info Wani telah pun selesai mengambil suntikan vaksin dos kedua pada 12 Ogos, namun belum lengkap 14 hari.

Antara selebriti yang muatnaik hal ini ialah pelakon Zarina Anjoulie yang terkejut dengan pemergian Wani Comel.

Ini tulis Anju: “Salam takziah. Kedua-dua arwah ni memang baik orangnya. Anju memang sayang dua-dua insan ini, mereka amat menghormati orang dan tinggi budi bahasa. Saya sayangi kamu berdua dan akan sentiasa doakan kamu adik-adik saya.

Wani Comel yang berumur 24 tahun, pernah viral setelah dakwaan dibuat mengatakan dirinya dah kena game (manipulasi) oleh seorang jutawan terkenal tanah air. Hal ini dinafikan oleh ahli perniagaan tersebut.

Ketika itu Wani yang mempunyai berat badan mencecah lebih 200 kilogram didatangi oleh ahli perniagaan berkenaan dan melantiknya menjadi duta produk, dan ada kes melibatkan pembedahan yang perlu dijalani di bahagian perut.