“Ini satu fitnah yang melampau” Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan polis

5,344 views

Pendakwah Ustaz Ebit Lew telahpun hadir dan selesai memberi keterangan selama lebih kurang satu jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang tadi.

Ustaz Ebit Lew kemudian berada di luar pekarangan Pejabat Polis Bukit Aman untuk bertemu di pihak media yang hadir.

Jelasnya, dia telahpun beri kerjasama di atas segala dakwaan yang telah dilemparkan kepadanya.

Saya hadir dan telah membantu siasatan, kini semuanya terserah kepada pihak polis. Ia merupakan satu fitnah yang amat melampau dan keterlaluan. Saya dipanggil untuk membantu siasatan atas tuduhan gosip. Apapun, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.

Ebit Lew hanya redha dengan dugaan yang menimpa dirinya dan telah pun memaafkan mereka yang buat tuduhan kepadanya.

Saya selalu cakap dan ini adalah satu pelajaran untuk diri saya. Saya percaya hidup ini cuma satu tujuan iaitu untuk Allah sayang. Saya dah maafkan sesiapa saja.

Yang diluar sana boleh nilaikan sendiri. Saya yakin yang berlaku ini buatkan saya jadi bersemangat, dan akan teruskan usaha untuk tolong orang, teruskan buat kebaikkan.

Ustaz Ebit Lew hadir ke balai polis bersama peguamnya Datuk Hasnal. Ini pula komen dari peguam EBit Lew.

Pihak polis ada nyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes tersebut namun mereka belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini. Setakat ini, polis beritahu tak ada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya.

Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan hal ini dan memberitahu supaya semua orang di luar saya jangan buat spekulasi. Ini komen pihak polis.

Siasatan akan dibuat sampai pihak polis berpuas hati untuk rujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan selanjutnya. Polis minta semua pihak untuk jangan buat sebarang spekulasi agar kes dapat disiasat secara telus.

Kes ini mula disiasat setelah ada yang sebarkan video mirip ustaz Ebit Lew.