Anak bongsu kepada pelawak terkenal tanah air, Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi, telah disahkan mempunyai masalah buah pinggan yang agak serius.
Hal ini disahkan oleh isteri kepada Shahrol iaitu Nur Farhana atau lebih dikenali dengan panggilan nama Anna.
Menerusi laporan Mstar, Anna berkata anak bongsu yang baru berumur 9 bulan itu mengalami masalah buah pinggang yang agak teruk.
“Isnin lepas, hasil check up dan investigation dari dokto pakar, didapati buah pinggang Ismail dah rosak di bahagian kanan manakal sebelah kiri sedang membengkak.”
“Memang terkejut dan amat sedih bila ketahui hal ini. Sayu hati bila tahu buah pinggang anak kecil ini dah rosak dan agak teruk.”
Jelas Anna lagi, semuanya bermula apabila dia melihat anaknya itu sering demam dan air kecingnya dilihat tidak seperti normal.
“Dia selalu demam on and off. Tengok luaran secara fizikal dia nampak sihat tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena. Nampak selalu tak sihat, kami bawa dia ke doktor pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.”
Melalui satu hantaran di Instagram, Anna telah meluahkan rasa hatinya, dan berharap semua dapat mendoakan anaknya itu.
“Assalammualaikum kepada, saya Anna nak minta jasa baik semua untuk doa kesihatan anak Anna. iaitu Ismail agar cepat sihat dan mudahakn semua urusan kami. Mana tahu sekiranya atas doa kalian Allah angkat dan makbulkan doa untuk anak Anna itu.”
“Doctor beritahu bahawa right kidney, buah pinggang Ismail sebelah kanan tiada. Manakala left kidney, buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sedang bengkak.”
“Ismail perlu segera dapatkan rawatan sebabnya Ismail hanya ada satu buah pinggang apatah lagi iany ajuga seang membengkak.”
“Anna minta dalam doa setiap doa kalian, selitkanlah doa untuk anak Anna ini. Semoga Allah akan balas jasa kalian semua.”
“Doakan juga agar Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. Ya tuhanku.”
Anak Shahrol Shiro itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital dan khabarkan sedang menerima antibiotic. Semoga Ismail Rifqi akan kembali sihat, amin.