Suami Eina Azman dah dibenarkan pulang, anak-anak terus peluk lepas kerinduaan

11,503 views

Datin Paduka Eina Azman telah update perkembangan terkini suaminya, Datuk Paduka Kaiser. Sebelum ini diketahui bahawa suami Eina telah disahkan positif dan sudah masuk stage 4. Malah paras oksigen juga dikatakan tak stabil.

Sebentar tadi, pada hari Khamis bersamaan 9 September, Eina memberitahu suaminya kini telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Satu kenyataan telah dibuat oleh Eina Azman melalui laman IG miliknya. Pelakon ini telah muatnaik beberapa gambar terkini suaminya dan detik ketika suaminya itu disatukan semula dengan anak-anak.

Ada juga video yang diupload menunjukkan anak-anak pasangan ini, terus memeluk bapanya itu.

Ini caption yang ditulis Eina Azman: “Sekarang ini suami saya dah pun dibenarkan pulang ke rumah, ini mungkin juga sebab doa dari semua, amin.

Eina Azman juga menulis pengalamannya sepanjang 12 hari suaminya dalam kondisi yang tak berapa baik, bagi Eina, ianya amat mendebarkan.

Salam, syukur alhamdullilah setelah 12 hari yang cukup mendebarkan buat saya dan family kerana fikirkan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru-paru dia pun dah merebak sampai 30 peratus.”

Dengan paras oxygen yang turun naik dan pihak doktor pun ada beritahu jika dalam masa 2 hingga 3 hari oxygen tak bagus, suami akan masuk ICU. Kalau boleh saya memang tak mahu suami masuk ICU.

Saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan masa itu. Hanya Allah saja yang tau perasaan saya, memang tak senang nak duduk. Fikir apa yang patut saya lakukan. Saya dah cuba pelbagai cara dan ikhtiar untuk bantu sembuhkan suami saya.

Eina Azman juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak memberi doa kepada dirinya dan juga suami.

 “Di kesempatan ini, saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada family dan rakan, serta semua followers saya mendoakan kami.

Memang ramai yang beri pelbagai barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami. Saya memang tak mampu nak balas semua yang dah mesej saya. Terima kasih saya ucapkan.

Ini video detika anak-anak bertemu dengan bapanya.

Syukur suami Eina Azman dah pun sembuh.