“Cringe, bila masa saya anak dia” Cik B respon Iqbal kata nak jaga anak-anak Vida

19,176 views

Sebelum ini telah tular satu video ketika sambutan hari lahir Ahmad Iqbal, pemuda yang dikaitkan dengan Dato Sedri Vida.

Vida dilihat seperti membuat surprise kepada Iqbal dan mereka duduk satu meja, khas sempena hari lahir Iqbal.

Ketika itu Iqbal ada memberi ucapan dan menyatakan dia akan menjaga anak-anak Vida umpama anak-anaknya juga, dan ingin menjaga mereka dengan baik.

Saya janji saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak, sampai bila-bila.” Itu janji dari Iqbal kepada Vida.

Umum pun dah tahu Cik B kurang suka dengan hubungan antara mama nya dengan Iqbal. Jadi sudah tentu ramai yang mahu tahu apa respon dari Cik B tentang video berkenaan.

Menerusi satu laporan dari portal Mstar, Cik B dilihat tersenyum dan tersengih apabila melihat momen sweet antara mama nya dengan Iqbal. Ini kata-kata dari Cik B tentang video tersebut.

Okey cringe. Dia kata saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak, bila masa saya ni anak dia (sambil ketuk meja), cam tu lah saya rasa macam eey (macam geli). Saya tak terima dia panggil saya anak dia, dia tu macam along je.

Sebagai anak, Cik B berkata sudah tentu dia ada hak untuk bersuara tentang isu perkahwinan mama nya itu.

Dengan umur mama sekarang ni, tak perlulah nak kahwin, fikir pasal keluarga, mama nak kahwin buat apa lagi.” Soal Cik B.

Cik B kemudian mendedahkan pengalaman dulu telah mengajarnya untuk bertindak membantah perkahwinan Dato Seri Vida.

Saya tak suka mama kahwin lagi kerana ramai lelaki yang dah kahwin mama sebelum ini ada banyak sisi buruk mereka. Adalah lagi baik mama happy dengan saya dan adik, saya memang tak suka ada ayah baru.

Hal ni terjadi dengan cepat, saya harap ini semua marketing saja.” Itulah komen Cik B.