Bersepah solat Zul Ariffin, masih lagi belajar

1,841 views

Pelakon terkenal tanah air Zul Ariffin kini dilihat sedang mendalami ilmu agama. Selama ini Zul akui dia telah mengabaikan agama sepanjang hidupnya. Antara yang paling ketara ialah kewajiban untuk menunaikan solat lima waktu, tiang agama.

Bercerita kepada portal Kosmo, Zul akui sebelum ini solat lima waktu pun dia tak cukup untuk lakukan.

Saya amat faham kerana sebelum ini, saya tergolong dalam mereka yang bersepah solat nya. Saya faham betapa sukar untuk mula sesuatu terutama mendirikan tiang agama. Itu belum perkara yang lain.

Jaga sembahyang, solat dan dengan keizinannya, semua yang lain Allah akan jaga. Sememangnya, disiplin nak buat, nak sembahyang tu memang terus saya kena belajar lagi.

Kini Zul Ariffin sedang mendalami ilmu agama, dan dia pun berdamping dengan mereka yang arif dengan bab ilmu agama.

Saya pergi majlis ilmu untuk berjumpa dengan mereka yang bijak agama sebab saya nak belajar. Saya akui nak amalkan ilmu itu memang mencabar. Oleh itu sekurangnya saya ada di tempat yang dapat buatkan saya rasa lebih bagus. Taklah membazirkan waktu saya.

Orang cakap yang saya dah berhijrah tapi semua itu saya tak berapa pasti serta tak tahu nak cakap apa. Saya sekarang ni hanya nak belajar ilmu agama saja.

Berbicara tentang kerjayanya, Zul berkata dia masih belum lagi mahu bersara.

Saya masih sayangkan kerjaya sama dalam bidang lakonan namun dalam masa sama saya suka belajar bab agama. Dah lama saya belajar secara senyap. Tapi kini ada orang yang berilmu ada mengajak saya untuk berkenalan, itu semua susunan Allah nak beri peluang saya kenal tambah ilmu dan pengalaman.

Tambah Zul lagi, apabila orang ramai mula menyedari perubahan dirinya untuk mendekatkan ke jalan agama, sedikit sebanyak dia berharap, mereka akan turut bergerak ke jalan sama.

Jelas Zul Ariffin lagi, lebih baik belajar dengan perlahan-lahan, dan bergerak kea rah yang lebih diredhai Tuhan yang maha Esa.

Untuk info, kini Zul Ariffin banyak menghabiskan masa dengan pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Ebit Lew.