“Akhirnya saya mengalah” Luahan Elyana.. Sama-sama doakannya

4,783 views

Dah mengaku kalah, itulah antara luahan hati dari penyanyi terkenal tanah air iaitu Elyana yang kini sedang bertarung dengan penyakit cancer. Elyana menulis caption berkenaan di satu entry gambar terbarunya di laman media sosial Instagram semalam.

Gambar berkenaan menunjukkan Elyana sedang terbaring di atas katil di sebuah bilik wad di sebuah hospital.

Elyana yang kini menghidap cancer lymphoma tahap empat berkata, dia memang sedang dalam kesakitan dan kali in dah tertewas, tak mampu nak tahan lagi dah.

Kesakitan teramat sangat yang telah ditanggung olehnya selam lebih kurang satu bulan. Ini tulisan dari Elyana.

Dah lebih dari satu bulan saya tahan sakit sampai tak dapat nak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni saya dah guna semula ubat tahan sakit, dan dah ambil darah.

Elyana juga menyatakan dia akan buat beberapa test dan investigation apabila masuk hospital ini termasuklah ujiab swab Covid.

Swab test untuk Covid memang wajib. Esok saya akan check jantung. Lusa pula akan kena buat Pet Scan. Seterusnya saya akan jalani chemotherapy. Bismillah, you can do it Nana.”

Dilihat di Ig story nya pada hari ini, Elyana dah pun jalani pemeriksaan Echo test dan juga ECG untuk meihat keadaan jantungnya. Keputusan masih lagi belum diterima, dan Elyana sedang menunggu doktor.

Dah buat echo test, 30 minit saja, sekarang tengah tunggu result dari doktor.” Tulis Elyana.

Diruangan komen ramai rakan artis yang memberi komen agar Elyana terus kuat semangat. Antaranya ialah Anne Ngasri, Didi Alias, Siti Elizad, Datin Shahida, Linda Rafar dan ramai lagi.

Elyana dah pun diagnose mempunyai kanser sejak 10 tahun lepas dan masih berjuang untuk sembuh dari penyakit ini. Namun Elyana akui, dia memang sentiasa dalam kesakitan sejak 10 tahun lalu.

Sama-sama kita doakan agar Elyana kembali sembuh, amin.